8
MA
Apa yang Perlu Dilakukan Jika Anda Merasa
Ragu-ragu atau Menghadapi Masalah
Sekiranya anda menghadapi mana-mana masalah yang disenaraikan di bawah,
cubalah penyelesaian yang diberikan.
◆
Ini adalah perkara biasa.
•
Pemeluwapan di dalam ketuhar
•
Aliran udara di sekeliling pintu dan bingkai luar
•
Pantulan cahaya di sekeliling pintu dan bingkai luar
•
Wap keluar dari sekeliling pintu atau lubang-lubang
◆
Ketuhar tidak akan panas bila anda menekan butang Start.
•
Adakah pintu tertutup rapat?
◆
Makanan tidak masak langsung
•
Sudahkah anda melaraskan penentu masa dengan betul dan/atau tekan
butang Start?
•
Adakah pintu tertutup?
•
Adakah litar elektrik anda mempunyai beban lebih dan menyebabkan fius
terbakar atau menyebabkan alat pemutus terpasang?
◆
Makanan sama ada terlampau masak atau kurang masak
•
Adakah jangka masa memasak yang sesuai dilaraskan bagi jenis
makanan itu?
•
Adakah aras kuasa yang sesuai dipilih?
◆
Percikan api dan bunyi meletup-letup berlaku di dalam ketuhar (pengarkaan)
•
Adakah anda menggunakan bekas yang mempunyai perapi logam?
•
Adakah anda meninggalkan garpu atau perkakas logam yang lain di
dalam ketuhar?
•
Adakah kerajang aluminium terlalu hampir dengan dinding bahagian
dalam?
◆
Ketuhar mengakibatkan gangguan dengan radio dan televisyen
•
Sedikit gangguan mungkin berlaku pada televisyen dan radio apabila
ketuhar dikendalikan. Ini adalah perkara biasa. Untuk menyelesaikan
masalah ini, pasangkan ketuhar jauh dari televisyen, radio dan aerial.
•
Sekiranya gangguan dikesan oleh mikropemproses ketuhar, paparan
boleh dilaraskan semula (reset). Untuk menyelesaikan masalah ini, cabut
palam kuasa dan pasang ia semula. Laraskan semula waktu.
✉
Sekiranya garis panduan di atas tidak membolehkan anda
menyelesaikan masalah, hubungi wakil penjual setempat anda
atau perkhidmatan selepas jualan SAMSUNG.
Memasak/Memanas Semula
Prosedur di bawah menerangkan cara memasak atau memanaskan
semula makanan. SENTIASA periksa seting memasak anda sebelum
meninggalkan ketuhar tanpa jagaan.
Pertama, letakkan makanan di bahagian tengah pinggan putar dan
tutup pintu ketuhar. Kemudian tutup pintu ketuhar.
☛
Jangan
sekali-kali menghidupkan ketuhar gelombang mikro
semasa ia kosong.
✉
Sekiranya anda mahu memanaskan sesuatu hidangan untuk
tempoh masa yang singkat pada kuasa maksimum (1000W),
hanya tekan butang
+30s
sekali bagi setiap 30 saat masa
memasak. Ketuhar akan dihidupkan serta-merta.
1.
Tekan butang POWER LEVEL.
Hasilnya:
Penunjuk 1000W (kuasa memasak
maksimum) dipaparkan.
Pilih aras kuasa yang sesuai dengan
menekan butang POWER LEVEL sekali lagi
sehingga wattan yang sepadan dipaparkan.
Rujuk jadual kemampuan tenaga elektrik di
muka surat sebelah.
2.
Laraskan masa memasak dengan menekan butang
10min, 1min dan 10s.
3.
Tekan butang Start.
Hasilnya:
Lampu ketuhar bernyala dan pinggan putar
mula berputar. Bila sudah selesai:
1) Ketuhar beeps empat kali.
2) Tanda pengingat terakhir akan beeps tiga
kali.(sekali setiap minit).
3) Masa dan lama penggunaan akan ditera
lagi.
M1933N-MA.fm Page 8 Wednesday, November 28, 2001 9:01 AM
Содержание M1933N
Страница 25: ...933N ...
Страница 26: ...2 ...
Страница 27: ...3 CT ...
Страница 28: ...4 ...
Страница 29: ...5 CT ...
Страница 30: ...6 h ...
Страница 31: ...7 CT ...
Страница 32: ...8 ...
Страница 33: ...9 CT ...
Страница 34: ...10 ...
Страница 35: ...11 CT ...
Страница 36: ...12 ...
Страница 37: ...13 CT ...
Страница 38: ...14 ...
Страница 39: ...15 CT ...
Страница 40: ...16 ...
Страница 41: ...17 CT ...
Страница 42: ...18 ...
Страница 43: ...19 CT ...
Страница 44: ...20 ...
Страница 45: ...21 CT ...
Страница 46: ...22 ...
Страница 47: ...23 CT ...
Страница 48: ......
Страница 72: ...M1933N_13N_GB_XML fm Page 24 Friday August 24 2001 5 10 PM ...