19
MA
Panduan Memasak(sambungan)
MEMANAS SEMULA
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanaskan semula makanan dalam
masa yang jauh lebih singkat daripada yang biasa diambil oleh hob ketuhar
konvensional.
Gunakan aras kuasa dan masa memanas semula dalam carta berikut sebagai
panduan. Masa dalam carta mengambil kira cecair dengan suhu bilik lebih
18 20°C atau makanan dingin dengan suhu lebih 5
7°C.
Menyusun dan menutup
Elakkan daripada memanaskan semula bahan-bahan besar seperti seketul besar
daging - ia mudah menjadi terlampau masak dan kering sebelum bahagian
tengahnya menjadi panas menggelegak. Memanaskan semula makanan yang
telah dipotong kecil-kecil adalah lebih berhasil.
Aras kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 1000W
manakala yang lain-lain harus dipanaskan semula menggunakan kuasa 850W,
600W, 450W ataupun 300W.
Semak jadual sebagai panduan. Secara amnya, lebih baik memanaskan semula
makanan menggunakan aras kuasa yang lebih rendah sekiranya makanan itu
tidak terlalu perisa dan dalam kuantiti yang banyak, kalau tidak kemungkinan ia
akan menjadi panas terlalu cepat (contohnya, pai daging kisar)
Kacau hingga sebati atau balikkan makanan semasa memanaskan semula untuk
mendapatkan hasil yang terbaik. Kacau sekali lagi sebelum dihidangkan, jika
boleh.
Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Untuk mengelakkan
didihan cecair yang membuak-buak dan kemungkinan kulit anda melecur, kacau
sebelum, semasa dan selepas memanaskannya. Biarkan ia di dalam ketuhar
gelombang mikro semasa standing time. Kami mengesyorkan anda meletakkan
sebatang sudu plastik atau batang kaca ke dalam cecair itu. Elakkan
memanaskan makanan terlampau lama (dan dengan itu merosakkannya). Lebih
baik menganggar kurang masa memasak dan menambah masa memanas
tambahan, jika perlu.
Memanas dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kali, elok sekiranya anda
membuat catatan masa yang diambil - untuk rujukan masa hadapan.
Sentiasa pastikan bahawa makanan yang dipanaskan semula itu panas
menggelegak keseluruhannya. Biarkan makanan sebentar selepas memanas
semula - untuk membolehkan suhunya menjadi sekata. Standing time yang
disyorkan selepas memanas semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang lain
disyorkan dalam carta. Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan
bayi. Lihat juga bab yang menerangkan tentang langkah-langkah keselamatan.
MEMANASKAN SEMULA CECAIR
Sentiasa berikan standing time sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar
dimatikan untuk membolehkan suhu ketuhar menjadi sekata. Kacau semasa
memanaskannya, jika perlu, dan SENTIASALAH kacau selepas
memanaskannya. Untuk mengelakkan didihan yang membuak-buak dan
kemungkinan kulit anda melecur, anda harus meletakkan sebatan sudu plastik
atau batang kaca ke dalam minuman dan kacau sebelum, semasa dan selepas
memanaskannya.
MEMANASKAN SEMULA MAKANAN BAYI
MAKANAN BAYI:
Tuangkan makanan bayi ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan
tudung plastik. Kacau hingga sebati selepas dipanaskan semula. Biarkan selama
2-3 minit sebelum dihidangkan. Kacau sekali lagi dan periksa suhunya. Suhu
menghidang yang disyorkan ialah di antara 30-40°C.
SUSU BAYI:
Tuangkan susu ke dalam botol kaca yang telah disterilkan. Panaskan semula
tanpa ditutup. Jangan sekali-kali memanaskan botol bayi tanpa menanggalkan
putingnya kerana botol boleh meletup kalau terlampau panas. Goncang betul-
betul sebelum standing time dan sekali lagi sebelum dihidangkan. Sentiasalah
semak suhu susu atau makanan bayi dengan teliti sebelum memberikannya
kepada bayi. Suhu menghidang yang disyorkan ialah 37°C.
NOTA:
Makanan bayi amat perlu diperiksa dengan teliti sebelum dihidangkan untuk
mengelakkan kulit melecur. Gunakan aras kuasa dan masa dalam jadual pada
muka surat sebelah sebagai garis panduan untuk memanas semula.
Masa dalam carta mengambil kira susu bayi dan makanan dengan suhu bilik
lebih 18°C 20°C.
M1933N-MA.fm Page 19 Wednesday, November 28, 2001 9:01 AM
Содержание M1933N
Страница 25: ...933N ...
Страница 26: ...2 ...
Страница 27: ...3 CT ...
Страница 28: ...4 ...
Страница 29: ...5 CT ...
Страница 30: ...6 h ...
Страница 31: ...7 CT ...
Страница 32: ...8 ...
Страница 33: ...9 CT ...
Страница 34: ...10 ...
Страница 35: ...11 CT ...
Страница 36: ...12 ...
Страница 37: ...13 CT ...
Страница 38: ...14 ...
Страница 39: ...15 CT ...
Страница 40: ...16 ...
Страница 41: ...17 CT ...
Страница 42: ...18 ...
Страница 43: ...19 CT ...
Страница 44: ...20 ...
Страница 45: ...21 CT ...
Страница 46: ...22 ...
Страница 47: ...23 CT ...
Страница 48: ......
Страница 72: ...M1933N_13N_GB_XML fm Page 24 Friday August 24 2001 5 10 PM ...