4
Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kecederaan kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila patuhi semua
penerangan yang dinyatakan di bawah.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang WAJIB DILAKUKAN.
Simbol ini menunjukkan perbuatan yang DILARANG.
AMARAN
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh kecuaian dalam mengendalikan produk,
yang mana, jika tidak dielakkan, boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan
parah kepada pengguna.
AWAS
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh kecuaian dalam mengendalikan produk,
yang mana, jika tidak dielakkan, boleh mengakibatkan kecederaan kepada
pengguna atau kerosakan harta benda.
AMARAN
Pencegahan keselamatan
Sentiasa mengikuti arahan berikut
Jangan pasang Kipas Siling berhampiran dengan
bahan kimia dan alkali.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan
elektrik.
Elakkan kerosakan pada dawai semasa pemasangan
contohnya, dawai berubah bentuk kerana panas,
terpulas, bengkok, dsb.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan
elektrik.
Jangan gunakan bekalan kuasa selain dari voltan
yang telah ditetapkan.
Pemanasan yang terlampau boleh menyebabkan kejutan
elektrik dan kebakaran.
Jangan masukkan sebarang logam kedalam ruang
bateri bersama-sama Bateri.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan
elektrik.
Jangan bergantung pada Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Jangan guna bahagian yang telah diubahsuai selain
daripada bahagian yang dibekalkan.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Jangan pintas dan litar pintas Suis Keselamatan.
Boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik,
kecederaan dan Kipas Siling terjatuh.
Jangan buka sebarang bahagian-bahagian Kipas
Siling melainkan dinyatakan di dalam panduan ini.
Hendaklah menggunakan bahagian-bahagian yang
dibekalkan sahaja.
Boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik,
kecederaan atau Kipas Siling terjatuh.
Jangan sentuh Kipas Siling ketika ia sedang
beroperasi.
Boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan dan Kipas
Siling terjatuh.
Jangan percikkan air ke Kipas Siling atau, jangan
basahkan Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan
elektrik.
Jangan pasang di tempat yang basah, bersuhu tinggi
dan berkelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
Jika terdapat kebocoran arus elektrik, kejutan elektrik
atau kebakaran mudah berlaku.
Sila rujuk kepada semua arahan yang diberikan
dalam panduan ini untuk pemasangan.
Kerja elektrikal dan kerja pemasangan mesti
dilakukan oleh orang yang bertauliah.
Kesilapan pemasangan boleh menyebabkan kebakaran,
kejutan elektrik, Kipas Siling terjatuh atau kecederaan.
Putuskan bekalan kuasa dan tunggu sehingga Bilah
Kipas berhenti sepenuhnya, sebelum membersihkan
atau membuat kerja penyelenggaraan.
Boleh menyebabkan kecederaan atau kejutan elektrik jika
Kipas Siling bergerak secara tiba-tiba.
Sila rujuk pada wakil penjual anda untuk membaiki atau
penyelenggaraan.
Ketatkan Skru Bilah Kipas dengan kukuh
menggunakan pemutar skru. (250-300 N•cm)
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah Kipas terjatuh.
Pastikan cangkuk siling boleh menanggung beban 10
kali ganda berat Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Berhenti menggunakan Kipas Siling apabila
mendapati apa-apa keganjilan atau kegagalan berlaku
dan putar Pemutus Litar Miniatur (MCB) kepada
“OFF”.
Risiko asap, kebakaran, kejutan elektrik atau Kipas Siling
terjatuh.
Sila hubungi wakil penjual anda untuk membaiki atau
penyelenggaraan.
Tanggalkan Kipas Siling yang patah atau yang
mengalami kerosakan.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Jika berlaku pergerakan berayun yang luar biasa,
berhenti menggunakan Kipas Siling dengan segera
dan hubungi pengilang, ejen servis atau individu
yang bertauliah.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling
terjatuh.
Elakkan memasang Kipas Siling di tempat berminyak
dan berhabuk.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan
elektrik.
Jangan pasang Kipas Siling di kawasan yang
berhampiran dengan barang mudah terbakar seperti
dapur gas.
Boleh menyebabkan kebakaran, litar pintas dan kejutan
elektrik.
Содержание K14XF
Страница 6: ...6 250 300 N cm 10 OFF MCB...
Страница 7: ...7 2 3 1 8 22 Safety precautions Pencegahan keselamatan...