110
!
Jangan guna kerusi keselamatan kanak-kanak ini untuk kanak-kanak
melebihi 11 tahun. Kerusi keselamatan kanak-kanak terdedah kepada
tekanan yang tinggi semasa hayat produknya, yang menyebabkan
perubahan dalam kualiti bahan dengan peningkatan umur.
!
Bahagian plastik boleh dibersihkan dengan agen pencuci lembut dan air
suam. Jangan sekali-kali gunakan bahan pencuci yang kasar atau peluntur!
!
Bagi sesetengah kerusi kenderaan yang diperbuat daripada bahan sensitif,
penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mungkin meninggalkan
tanda dan/atau menyebabkan perubahan warna. Untuk mencegah perkara
ini, anda boleh meletakkan selimut atau tuala atau yang seumpamanya di
bawah kerusi keselamatan kanak-kanak untuk melindungi kerusi kenderaan.
BAHAGIAN PRODUK
(a)
Ruang Simpanan Panduan
Pengguna
(b)
Penyandar belakang
(c)
Penyandar Kepala Boleh Laras
(d)
Pelaras Ketinggian Penyandar
Kepala
(e)
Peninggi
(f)
Perisai Impak
(g)
Panduan Tali Pinggang Keledar
Kumpulan 1
(h)
Panduan Tali Pinggang Keledar
Riba Kumpulan 2/3
(i)
Panduan Tali Pinggang Keledar
Bahu
(j)
Perlindungan Impak Sisi
(k)
Lengan Pengunci ISOFIX-
Connect
(l)
Gagang Laras ISOFIX-Connect
(m)
Butang Pelepas ISOFIX-Connect
(n)
Penunjuk Keselamatan ISOFIX-
Connect
(o)
Titik Tambat ISOFIX
PEMASANGAN AWAL
Sambungkan penyandar belakang
(b)
kepada peninggi
(e)
dengan
mencangkukkan cuping panduan pada gandar peninggi. Penyandar belakang
(b)
akan terlipat ke depan. Letakkan perisai impak
(f)
pada peninggi
(e)
.
KEDUDUKAN YANG BETUL DI DALAM KENDERAAN
Kerusi keselamatan kanak-kanak dengan lengan pengunci ISOFIX-Connect
yang disentut
(k)
boleh digunakan pada semua kerusi kenderaan dengan tali
pinggang keledar tiga titik automatik yang diluluskan seperti dalam manual
kenderaan untuk kegunaan “universal”.
Pensijilan “separa universal” diberikan kepada sistem halangan yang
disambungkan kepada kereta menerusi lengan pengunci ISOFIX-Connect
(k)
. Oleh sebab ini, ISOFIX-Connect hanya boleh digunakan pada kenderaan
tertentu sahaja. Rujuk senarai jenis kenderaan yang dilampirkan untuk
kenderaan yang diluluskan. Anda boleh mendapatkan versi terkini daripada
www.cybex-online.com
.
Dalam keadaan yang luar biasa, kerusi keselamatan kanak-kanak boleh juga
digunakan pada kerusi penumpang depan. Sentiasa patuhi saranan pengilang
kenderaan.
MEMASANG KERUSI KANAK-KANAK DI DALAM KENDERAAN.
1. Sentiasa pastikan bahawa…
• penyandar di dalam kenderaan yang dikunci dalam kedudukan
menegaknya.
• semasa memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada kerusi
penumpang depan, laraskan kerusi itu ke belakang sejauh yang mungkin
tanpa menjejaskan penghalaan tali pinggang keledar.
2. Gunakan gagang laras ISOFIX-Connect
(l)
di bawah peninggi
(e)
dan tarik
kedua-dua lengan pengunci ISOFIX-Connect
(k)
sepanjang yang boleh.
3. Kemudian, putar lengan pengunci ISOFIX-Connect
(k)
sebanyak 180°
supaya lengan itu menghadap ke arah titik tambat ISOFIX
(o)
.
4. Letakkan kerusi keselamatan kanak-kanak di atas kerusi yang sesuai di
dalam kereta.
5. Masukkan kedua-dua lengan pengunci
(k)
ke dalam titik tambat ISOFIX
(o)
sehingga kemas terkunci dan kedengaran bunyi “KLIK”.
6. Gunakan gagang laras ISOFIX-Connect
(l)
dan tolak kerusi keselamatan
kanak-kanak itu ke kerusi kenderaan.
7. Pastikan keseluruhan permukaan penyandar belakang kerusi kanak-kanak
(b)
diletakkan pada penyandar belakang kerusi kenderaan.
💡
Jika penyandar kepala kenderaan menghalangnya, tarik ke atas sejauh
yang mungkin atau tanggalkan sepenuhnya (kecuali untuk kerusi
menghadap ke belakang).
8. Pastikan kedudukan kerusi benar-benar kemas dengan cuba menariknya
keluar daripada titik tambat ISOFIX
(o)
. Penunjuk berwarna hijau
(n)
mesti
jelas kelihatan pada kedua-dua sisi kerusi.
9. Jika kerusi keselamatan kanak-kanak digunakan tanpa ISOFIX-Connect, ia
boleh disimpan di bawah kerusi.
💡
Dengan menggunakan ISOFIX-Connect, keselamatan anak anda
dipertingkat kerana wujud hubungan yang seolah-olah melekat dengan
kenderaan. Anak anda masih perlu dipakaikan dengan tali pinggang
keledar tiga titik kenderaan dan dengan perisai impak untuk Kumpulan 1.
MS