107
MS
SOLUTION B-FIX
UN-R44-04
UNIVERSAL
SEMI-UNIVERSAL
15 – 36 kg
CYBEX GmbH
Riedingerstr. 18, 95448 Bayreuth
Germany
04301395
PERAKUAN
UN R-44/04
CYBEX Solution B-Fix – kumpulan
2/3, 15 hingga 36 kg
Disyorkan daripada umur kira-kira
3 hingga 12 tahun
Terima kasih kerana memilih Pallas B-Fix sebagai pilihan kerusi
kanak-kanak anda.
Baca arahan dengan teliti sebelum memasang kerusi keselamatan kanak-
kanak di dalam kereta anda dan sentiasa simpan arahan ini berdekatan di
tempat simpanan panduan pengguna yang disediakan (a).
MAKLUMAT PENTING
•
Tanpa kelulusan Lembaga Kelulusan Jenis, kerusi keselamatan kanak-
kanak tidak boleh diubah suai atau ditambahkan dalam apa-apa cara
sekali pun.
•
Untuk terus melindungi anak anda dengan baik, penting untuk anda
menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak seperti yang diterangkan
dalam Panduan pengguna.
•
Kerusi keselamatan kanak-kanak ini hanya boleh dipasang pada kerusi
kenderaan yang diluluskan untuk kegunaan kerusi keselamatan kanak-
kanak mengikut manual kenderaan.
•
Hanya sesuai untuk tempat duduk kenderaan dengan tali pinggang
keledar tiga titik yang diluluskan selaras dengan Peraturan UN No. 16 atau
standard yang setara.
•
Jangan gunakan sebarang titik sentuh galas muatan selain daripada
yang diterangkan dalam Panduan pengguna dan ditandakan pada kerusi
keselamatan kanak-kanak.
•
Permukaan penuh penyandar belakang kerusi kanak-kanak mesti
menyentuh penyandar belakang kenderaan.
•
Tali bahu keledar mesti dilalukan ke arah atas dan di belakang tempat
condongnya. Tali bahu keledar itu tidak boleh sekali-kali dilalukan ke depan
ke titik atas tali pinggang keledar di dalam kenderaan anda.
•
Kancing tali pinggang keledar kenderaan tidak sekali-kali boleh menyilangi
panduan tali pinggang keledar kerusi tersebut. Jika libas tali pinggang
keledar terlalu panjang, kerusi kanak-kanak tidak sesuai untuk digunakan
dalam kedudukan ini di dalam kenderaan. Sekiranya ragu-ragu sila
hubungi pembuat kerusi keselamatan kanak-kanak ini.
•
Tali pinggang keledar tiga titik kenderaan mesti hanya dilalukan melalui
turutan yang ditetapkan. Turutan tali pinggang keledar diterangkan secara
terperinci dalam manual ini dan ditandakan dengan warna merah pada
kerusi kanak-kanak.
•
Tali pinggang keledar riba mestilah diletakkan betul-betul di bawah dan
melintang lipatan paha anak anda untuk kesan yang optimum sekiranya
berlaku kemalangan. Sebelum setiap kali penggunaan, pastikan tali
pinggang keledar tiga titik dilaraskan dengan betul dan terpasang dengan
kemas pada badan kanak-kanak. Jangan sekali-kali memintal tali pinggang
keledar itu!
•
Hanya penyandar kepala yang dilaraskan secara optimum boleh
menawarkan perlindungan dan keselesaan yang maksimum kepada anak
anda sambil memastikan tali bahu keledar dipasang dengan baik.
•
Kerusi keselamatan kanak-kanak mesti sentiasa disemat dengan betul
menggunakan tali pinggang keledar kenderaan di dalam kenderaan
meskipun apabila tidak digunakan.
•
Sentiasa pastikan bahawa kerusi kanak-kanak tidak pernah tersangkut
semasa menutup pintu kereta atau melaraskan kerusi belakang.
•
Bagasi atau mana-mana objek lain yang ada dalam kenderaan perlu
sentiasa berada di kedudukannya dengan kemas. Jika tidak, objek
tersebut mungkin tercampak di dalam kereta, yang boleh menyebabkan
kecederaan maut.
•
Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak sekali-kali boleh digunakan tanpa
pelapik kerusi. Pastikan hanya pelapik kerusi CYBEX asli digunakan,
kerana pelapik ialah elemen penting daripada fungsi kerusi.
•
Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda tanpa pengawasan di dalam
kereta.
•
Bahagian pada sistem halangan kanak-kanak boleh panas jika terdedah
kepada cahaya matahari dan boleh membuat kulit anak anda melecur.
Lindungi anak dan kerusi kanak-kanak anda daripada terdedah kepada
pancaran matahari.
•
Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan pada kerusi kanak-kanak
yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Sila gantikan kerusi selepas
kemalangan. Sekiranya ragu-ragu, sila rujuk wakil penjual anda atau
pengeluar.
Содержание SOLUTION B-FIX
Страница 75: ...73 AR 3 CYBEX GmbH Riedingerstr 18 95448 Bayreuth Germany go cybex online com manufacturer warranty car seats...
Страница 102: ...100 HI 30 CYBEX GmbH Riedingerstr 18 95448 Bayreuth Germany 3 go cybex online com manufacturer warranty car seats...
Страница 105: ...103 TH 30 C CYBEX GmbH Riedingerstr 18 95448 3 go cybex online com manufacturer warranty car seats...
Страница 117: ...115 CMN CYBEX GmbH Riedingerstr 18 95448 Bayreuth Germany 3 go cybex online com manufacturer warranty car seats...
Страница 120: ...118 YUE CYBEX GmbH Riedingerstr 18 95448 Bayreuth Germany 3 go cybex online com manufacturer warranty car seats...
Страница 123: ...121 JA 3 30 C CYBEX GmbH Riedingerstr 18 95448 Bayreuth Germany 3 go cybex online com manufacturer warranty car seats...
Страница 126: ...124 KO 30 C CYBEX GmbH Riedingerstr 18 95448 Bayreuth Germany 3 go cybex online com manufacturer warranty car seats...
Страница 127: ......
Страница 128: ......
Страница 129: ......