Panduan memasak
Gelombang Mikro + gril
Mod memasak ini menggabungkan haba sinaran yang datang dari gril dengan kelajuan
memasak dengan gelombang mikro. Ia beroperasi hanya semasa pintu ditutup dan pinggan
putar berputar. Disebabkan putaran pinggan putar, makanan menjadi perang dengan rata. Tiga
mod kombinasi terdapat dengan model ini:
600 W + Gril, 450 W + Gril dan 300 W + Gril.
Perkakas untuk memasak dengan gelombang mikro + gril
Sila gunakan perkakas memasak yang membolehkan gelombang mikro menembusinya.
Perkakas memasak harus kalis api. Jangan gunakan perkakas logam dengan mod kombinasi.
Jangan gunakan sebarang jenis perkakas memasak plastik, kerana ia boleh cair.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro + gril:
Makanan yang sesuai untuk proses memasak mod kombinasi termasuk semua jenis makanan
dimasak yang perlu dipanaskan semula dan diperangkan (contohnya pasta bakar), serta
makanan yang memerlukan masa memasak yang singkat untuk memerangkan bahagian atas
makanan itu. Mod ini juga boleh digunakan untuk bahagian-bahagian makanan yang tebal
yang hendak diperangkan dan rangupkan atasnya (contohnya kepingan ayam, membalikkan ia
separuh jalan semasa memasak). Sila rujuk kepada jadual gril untuk butiran lanjut.
Komen penting:
Setiap kali mod kombinasi (gelombang mikro + gril) digunakan, makanan hendaklah diletakkan
di atas rak tinggi, kecuali arahan lain disarankan. Sila rujuk kepada arahan di dalam carta
berikut.
Makanan mestilah dibalikkan, jika kedua-dua sisinya hendak diperangkan.
Gril
Elemen pemanas gril terletak di bawah siling rongga ketuhar. Ia beroperasi semasa pintu
ditutup dan pinggan putar berputar. Putaran pinggan putar membuatkan makanan menjadi
perang dengan lebih seragam. Memanaskan gril dahulu selama 3-5 minit akan membuat
makanan menjadi perang dengan lebih cepat lagi.
Perkakas memasak untuk menggril:
Harus kalis api dan boleh termasuk logam. Jangan gunakan sebarang jenis perkakas memasak
plastik, kerana ia boleh cair.
Makanan yang sesuai digril:
Potongan daging, sosej, stik, hamburger, hirisan bakon dan gamon, bahagian ikan yang nipis,
sandwic dan semua jenis roti bakar dengan hias atas.
Komen penting:
Harap ingat bahawa makanan hendaklah diletakkan di atas rak tinggi, kecuali arahan lain
disarankan.
Bahasa Melayu 29
P
anduan memasak
P
anduan memasak
MW3500K_MG23K3513GK_SM_DE68-04421L-01_MS+ZH+EN.indb 29
2019-09-02 4:38:46