Panduan memasak
Panduan memasak
Cair beku manual
Gelombang mikro adalah cara yang sangat baik untuk mencair bekukan makanan sejuk beku. Gelombang
mikro mencair bekukan makanan sejuk beku dengan lembut dalam masa yang singkat. Ini boleh merupakan
satu kelebihan besar, jika tetamu yang tidak dijangka tiba-tiba muncul.
Ayam itik sejuk beku mesti dinyahsejuk beku keseluruhannya sebelum dimasak. Tanggalkan sebarang
ikatan logam dan keluarkan ia dari sebarang bungkusan untuk mengetuskan cecair nyahsejuk beku.
Letakkan makanan sejuk beku itu di atas bekas tanpa penutup. Balikkan separuh jalan, tuskan sebarang
cecair yang ada dan buang sebarang hati, jantung dan hempedal secepat mungkin.
Periksa makanan itu sekali-sekala untuk memastikan bahawa ia tidak terasa hangat.
Jika bahagian-bahagian makanan sejuk beku yang lebih kecil dan lebih nipis mula menghangat, ia boleh
dilindungi dengan membalutnya dengan kepingan kerajang aluminium yang kecil semasa mencair beku.
Sekiranya ayam itik mula menghangat di permukaan luarnya, hentikan proses menyahsejuk beku dan
biarkannya selama 20 minit sebelum meneruskan.
Biarkan ikan, daging dan ayam itik untuk menyelesaikan proses mencair beku. Masa biar untuk
menyelesaikan proses mencair beku akan berubah-ubah bergantung kepada kuantiti yang dicairbekukan.
Sila rujuk kepada jadual di bawah.
Petunjuk:
Makanan yang leper mencair beku dengan lebih baik daripada makanan yang tebal dan
kuantiti yang lebih kecil memerlukan masa yang lebih singkat daripada kuantiti yang lebih
besar. Ingat petua ini semasa menyejuk beku dan mencair beku makanan.
Untuk mencair beku makanan sejuk beku dengan suhu kira-kira -18 hingga -20 °C, gunakan jadual berikut
sebagai panduan.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Daging
Daging Kisar
250 g
500 g
180 W
6½-7½
10-12
Stik Babi
250 g
180 W
7½-8½
Arahan
Letakkan daging di atas pinggan seramik. Balut bahagian-bahagian tepi
yang lebih nipis dengan kerajang aluminium. Balikkan selepas separuh
masa mencair beku! Biarkan selama 5-25 minit.
Ayam Itik
Kepingan Ayam
500 g (2 keping)
180 W
14½-15½
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Seekor Ayam
900 g
180 W
28-30
Arahan
Mula-mula, letakkan kepingan-kepingan ayam dengan bahagian kulit
di bawah dahulu, seekor ayam bahagian dada di bawah dahulu di atas
pinggan seramik yang leper. Balut bahagian-bahagian yang lebih nipis
seperti kepak dan bahagian hujung dengan kerajang aluminium. Balikkan
selepas separuh masa mencair beku! Biarkan selama 15-40 minit.
Ikan
Filet Ikan
250 g (2 keping)
400 g (4 keping)
180 W
6-7
12-13
Arahan
Letakkan ikan sejuk beku di tengah-tengah pinggan seramik yang leper.
Atur bahagian-bahagian yang lebih nipis di bawah bahagian-bahagian
yang lebih tebal. Balut bahagian-bahagian tepi yang sempit dengan
kerajang aluminium. Balikkan selepas separuh masa mencair beku! Biarkan
selama 5-15 minit.
Buah-buahan
Beri
250 g
180 W
6-7
Arahan
Ratakan buah di atas bekas kaca yang bulat dan leper (dengan garis pusat
yang besar). Biarkan selama 5-10 minit.
Roti
Rol Roti
(Setiap satu anggaran 50 g)
2 kpg
4 kpg
180 W
½-1
2-2½
Roti bakar/Sandwic
250 g
180 W
4½-5
Roti Jerman (Tepung
Tepung Rai)
500 g
180 W
8-10
Arahan
Atur rol dalam satu bulatan atau roti secara mendatar di atas kertas dapur
di tengah-tengah pinggan putar. Balikkan selepas separuh masa mencair
beku! Biarkan selama 5-20 minit.
28 Bahasa Melayu
P
anduan memasak
P
anduan memasak
MW3500K_MG23K3513GK_SM_DE68-04421L-01_MS+ZH+EN.indb 28
2019-09-02 4:38:46