2
MS-MY
1 Penting
Baca dan faham semua arahan sebelum anda
gunakan produk anda. Jika kerosakan terjadi
disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan,
jaminan tidak dikenakan.
Keselamatan
Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
•
Jangan sekali-kali dedahkan produk dan
aksesori kepada hujan atau air. Jangan sekali-
kali letakkan bekas cecair, seperti pasu, hampir
dengan produk. Jika cecair tertumpah pada
atau ke dalam produk, putuskan sambungan
dengan alur keluar kuasa dengan serta merta.
Hubungi Penjagaan Pelanggan Philips agar
produk diperiksa sebelum digunakan.
•
Jangan sekali-kali letakkan produk dan aksesori
berhampiran nyalaan terbuka atau sumber
haba lain, termasuk cahaya matahari langsung.
•
Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam
slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada
teater rumah.
•
Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding
perkakas digunakan sebagai peranti putus
sambungan, peranti putus sambungan
tersebut akan tetap sedia beroperasi.
•
Putuskan sambungan produk daripada alur
keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
•
Apabila anda memutuskan sambungan kord
kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan bukan
kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
•
Sebelum anda menyambungkan produk
kepada alur keluar kuasa, pastikan bahawa
voltan kuasa sepadan dengan nilai yang dicetak
di belakang atau bahagian bawah produk
tersebut. Jangan sekali-kali sambungkan produk
kepada alur keluar kuasa jika voltannya berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan teater rumah!
•
Bagi produk yang boleh dilekapkan pada
dinding, gunakan hanya pendakap lekapan
dinding yang dibekalkan sahaja. Kukuhkan
lekapan dinding pada dinding yang boleh
menyokong gabungan berat produk
dan lekapan dinding. Koninklijke Philips
Electronics N.V. tidak menanggung sebarang
tanggungjawab terhadap pemasangan dinding
yang tidak wajar, kecederaan atau kerosakan.
•
Bagi pembesar suara dengan dirian, gunakan
hanya dirian yang dibekalkan. Pasangkan dirian
pada pembesar suara dengan ketat. Letakkan
dirian yang dipasangkan pada permukaan
mendatar dan sama rata yang boleh menyokong
berat gabungan pembesar suara dan dirian.
•
Jangan sekali-kali letakkan produk atau
sebarang objek pada kord kuasa atau
kelengkapan elektrik yang lain.
•
Jika produk diangkut dalam suhu di bawah 5°C,
buka bungkusan produk dan tunggu sehingga
suhunya sepadan dengan suhu bilik sebelum
menyambungkannya dengan alur keluar kuasa.
•
Sinaran laser boleh nampak dan tak nampak
apabila dibuka. Elakkan pendedahan kepada
pancaran.
•
Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam
petak cakera.
•
Bahagian-bahagian produk ini mungkin dibuat
daripada kaca. Kendalikan dengan berhati-hati
untuk mengelakkan kecederaan dan kerosakan.
Risiko pemanasan melampau!
•
Jangan pasang produk dalam ruangan terkurung.
Sentiasa tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 4
inci di sekeliling produk untuk pengalihudaraan.
Pastikan langsir atau objek lain tidak menutup
slot pengalihudaraan pada produk tersebut.
Risiko pencemaran!
•
Jangan campurkan bateri (lama dengan yang
baru, atau karbon dengan alkali, dll.).
•
Bahaya letupan jika bateri tidak diganti dengan
yang betul. Ganti hanya dengan jenis yang
sama atau setara.
•
Keluarkan bateri jika telah kebabisan atau
jika kawalan jauh tidak akan digunakan buat
tempoh masa yang lama.
•
Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia
hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
•
Produk/alat kawalan jauh mungkin mengandungi
bateri jenis syiling/butang, yang boleh ditelan.
Jauhkan bateri daripada jangkauan kanak-kanak
pada setiap masa! Jika tertelan, bateri ini boleh
mengakibatkan kecederaan serius atau kematian.
Kelecuran dalaman yang teruk boleh berlaku
dalam masa dua jam selepas tertelan bateri ni.
•
Jika anda mengesyaki bahawa bateri telah
tertelan atau termasuk ke dalam mana-mana
bahagian badan, dapatkan rawatan perubatan
dengan segera.
•
Apabila anda menukar bateri, pastikan semua
bateri baru dan lama jauh dari jangkauan
kanak-kanak. Pastikan petak bateri telah ditutup
dengan kemas selepas anda mengganti bateri.