21
Bahasa Mela
yu
MS-MY
6 Kemas kinikan perisian
Philips sentiasa cuba untuk memperbaiki produk-
produknya. Untuk mendapatkan ciri-ciri dan
sokongan terbaik, kemas kini teater rumah anda
dengan perisian terkini.
Bandingkan versi perisian semasa anda dengan versi
terkini pada www.philips.com/support. Jika versi
semasa adalah lebih rendah daripada versi terbaru
yang tersedia di laman web sokongan Philips, naik
taraf teater rumah anda dengan perisian terkini.
Awas
•
Jangan pasang versi perisian yang lebih rendah
daripada versi semasa yang dipasang pada produk
anda. Philips tidak bertanggungjawab terhadap
masalah yang disebabkan oleh turun taraf perisian.
Semak versi perisian
Semak versi perisian semasa yang dipasang pada
teater rumah anda.
1
Tekan (
Laman utama
).
2
Pilih
[Persediaan]
, kemudian tekan
OK
.
3
Pilih
[Lanjutan]
>
[Maklumat versi]
.
»
Versi perisian dipaparkan.
Kemas kini perisian melalui USB
Apa yang anda perlukan
•
Pemacu denyar USB berformat FAT atau
NTFS, dengan sekurang-kurangnya 75MB
memori. Jangan gunakan pemacu keras USB.
•
Komputer dengan akses kepada Internet.
•
Utiliti arkib yang menyokong format fail ZIP.
Langkah 1: Muat turun perisian terkini
1
Sambungkan peranti denyar USB kepada
komputer anda.
2
Pada penyemak imbas Web anda, pergi ke
www.philips.com/support.
3
Di laman web Sokongan Philips, dapatkan
produk anda dan cari
Perisian dan pemacu
.
»
Kemas kini tersedia dalam bentuk fail zip.
4
Simpan fail zip dalam direktori induk peranti
denyar USB anda.
5
Gunakan utiliti arkib untuk mengekstrak fail
kemas kini perisian dalam direktori induk.
»
Fail diekstrak di bawah folder
UPG_ALL
pemacu denyar USB anda.
6
Tanggalkan peranti denyar USB daripada
komputer anda.
Langkah 2: Kemas kini perisian
Awas
•
Jangan matikan teater rumah atau tanggalkan
pemacu denyar USB sepanjang kemas kini.
1
Sambung peranti storan USB yang
mengandungi fail yang dimuat turun kepada
teater rumah anda.
•
Pastikan ruang cakera ditutup dan tiada
cakera di dalamnya.
2
Tekan (
Laman utama
).
3
Pilih
[Persediaan]
, kemudian tekan
OK
.
4
Pilih
[Lanjutan]
>
[Kemas kini perisian]
>
[USB]
.
5
Ikuti arahan atas skrin untuk mengesahkan
kemas kini.
»
Apabila selesai, teater rumah akan mati
dan bermula semula secara automatik. Jika
tidak, tanggalkan kord kuasa buat beberapa
saat dan kemudian sambungkan kembali.
Kemas kini perisian melalui internet
1
Sambungkan teater rumah anda kepada
rangkaian rumah dengan akses Internet
berkelajuan tinggi (lihat 'Sambungkan dan
sediakan rangkaian rumah' di halaman 10 ) .
2
Tekan (
Laman utama
).
3
Pilih
[Persediaan]
, kemudian tekan
OK
.
4
Pilih
[Lanjutan]
>
[Kemas kini perisian]
>
[Rangkaian]
.
»
Jika naik taraf media dikesan, anda digesa untuk
memulakan atau membatalkan kemas kini.
5
Ikuti arahan atas skrin untuk mengesahkan
kemas kini.
»
Apabila selesai, teater rumah akan mati
dan bermula semula secara automatik. Jika
tidak, tanggalkan kord kuasa buat beberapa
saat dan kemudian sambungkan kembali.