
3
Untuk mengelakkan risiko berbahaya kepada pengguna produk atau yang berhampirannya dan
kemusnahan harta-benda, pastikan untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan tertera di bawah.
• Syarat-syarat berikut adalah untuk langkah-langkah keselamatan. Ianya terbahagi mengikut tahap bahaya atau
kemusnahan yang mungkin berlaku jika kandungannya diabaikan semasa penggunaan produk ini.
ARAHAN KESELAMATAN YANG PENTING UNTUK PENGGUNA
■
Jangan biarkan perkakas terpasang pada soket. Palam mestilah ditanggalkan daripada soket sebelum
pembersihan atau penyenggaraan perkakas. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■
Perkakas ini tidak boleh digunakan oleh pengguna (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari
segi fi zikal, deria atau mental atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan tentang perkakas, kecuali
diberikan arahan atau panduan tentang perkakas oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan
mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan.
■
Jangan gunakan Kord Kuasa atau Palam rosak. Jika perkakas tidak berfungsi, kemungkinan sebab
dijatuhkan, rosak atau dibiarkan di luar rumah atau terkena air, hantar semula perkakas ke Pusat Servis
yang bertauliah. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■
Sekiranya Kord Kuasa rosak, ianya perlu ditukar oleh pembuat, ejen servis atau juruteknik yang bertauliah
untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
■
Jangan tarik atau angkat perkakas dengan menggunakan Kord Kuasa sebagai pemegang, jangan biarkan
Kord Kuasa tersepit oleh pintu dan elakkan Kord Kuasa terkena sudut atau benda tajam. Jangan lalukan
perkakas di atas Kord Kuasa. Jika tidak, boleh mengakibatkan kebakaran.
■
Pastikan Palam dimasukkan ke dalam soket dengan ketat sebelum mengendalikan perkakas. Jika tidak,
boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■
Bersihkan Palam dengan kerap. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■
Henti menggunakan perkakas dengan segera dan cabutkan Palam pada keadaan yang tidak normal dan
rosak. Jika tidak, boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■
Jangan gunakan Palam atau perkakas ketika tangan basah. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■
Jangan masukkan apa-apa objek ke dalam lubang penyedut perkakas dan jangan gunakan perkakas ketika
perkakas tersumbat (Petunjuk Habuk bertukar ke merah). Elakkan daripada habuk, sampah, rambut dan
apa-apa yang boleh menyumbat atau mengurangkan pengaliran angin.
■
Jauhkan rambut, pakaian longgar, jari dan semua bahagian tubuh daripada lubang penyedut atau bahagian
yang bergerak. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■
Jangan gunakan perkakas tanpa Penapis dan Kasa. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
■
Matikan perkakas sebelum keluarkan Palam. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
■
Jangan menyedut pada bahan mudah terbakar atau bahan letupan atau apa-apa yang setaraf atau
digunakan sekawasan dengannya. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
■
Perkakas ini sepatutnya dibaiki oleh Pusat Servis yang bertauliah dan hanya menggunakan alat gantian
yang asli. Jika tidak, boleh mengakibatkan kebakaran atau tidak beroperasi dengan betul.
■
Gunakan perkakas pada voltan yang ditetapkan. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
■
Jangan menggunakan kord pemanjang. Jika tidak, boleh mengakibatkan kejutan elektrik atau kebakaran.
Syarat-syarat ini memberi anda amaran yang boleh
menyebabkan kematian atau kecederaan yang serius akan
berlaku kepada pengguna jika berlaku penyalahgunaan alat ini.
AMARAN
■
Untuk mengelakkan apa-apa kemungkinan kerosakan pada Kord Kuasa,
jangan biarkan ia ditindih objek berat semasa mengunakan perkakas. Ia boleh
mengakibatkan kebakaran.
■
Perkakas ini direka bentuk dengan fungsi penggulung Kord Kuasa.
Demi keselamatan, pastikan anda memegang Palam semasa menggulung Kord
Kuasa. Jika tidak, anda mungkin tercedera akibat terkena Palam.
■
Jangan memegang Paip Penyambung Logam ketika mengendalikan fungsi
penyemburan. Udara panas akan memanaskan Paip Penyambung Logam.
Syarat-syarat ini memberi anda amaran bahawa kecederaan atau
kerosakan fi zikal harta benda boleh berlaku disebabkan pengendalian
produk yang tidak betul.
AWAS
Vacuum_MC-YL778(EMC).indd 3
Vacuum_MC-YL778(EMC).indd 3
5/8/2020 2:06:22 PM
5/8/2020 2:06:22 PM