87
On-Screen Phone
LG On-Screen Phone 2.0
On-Screen Phone membolehkan anda
melihat skrin telefon mudah alih anda
daripada PC melalui sambungan USB,
Bluetooth atau Wi-Fi. Anda juga boleh
mengawal telefon mudah alih anda
daripada PC menggunakan tetikus atau
papan kekunci.
Ikon On-Screen Phone
Menyambung atau memutuskan
sambungan telefon mudah alih anda
kepada/daripada PC anda.
Memutar tetingkap On-Screen Phone
(hanya tersedia dengan aplikasi yang
menyokong putaran).
Melancarkan LG Home Panorama
atau menukar keutamaan On-Screen
Phone.
Memaksimumkan tetingkap
On-Screen Phone.
Keluar daripada program On-Screen
Phone.
Meminimumkan tetingkap On-Screen
Phone.
Ciri On-Screen Phone
-
Pemindahan dan kawalan masa nyata:
memaparkan dan mengawal skrin telefon
mudah alih anda apabila bersambung
ke PC anda.
-
Kawalan tetikus:
membolehkan anda
mengawal telefon mudah alih anda
menggunakan tetikus untuk klik dan seret
pada skrin PC anda.
-
Input teks menggunakan papan
kekunci:
membolehkan anda
menggubah mesej atau nota teks
menggunakan papan kekunci komputer.
-
Pemindahan fail (telefon mudah alih
kepada PC):
menghantar fail daripada
telefon mudah alih anda (seperti Galeri,
Pemain Video, muzik dan Polaris Office)
ke PC anda. Anda hanya perlu mengklik
kanan dan menyeret untuk menghantar
Fail kepada PC anda.
-
Pemindahan fail (PC ke telefon mudah
alih):
menghantar fail daripada PC ke
telefon mudah alih anda. Anda hanya
perlu memilih fail yang hendak anda
pindahkan dan seret dan lepaskan dalam
tetingkap On-Screen Phone. fail yang
anda hantar disimpan dalam folder OSP.