85
NOTA
RSS (Really Simple Syndication) adalah
keluarga format suapan web yang
digunakan untuk menerbitkan kandungan
yang kerap dikemas kini seperti entri blog,
tajuk berita atau podcast. Dokumen RSS
yang disebut suapan, suapan atau saluran
web, mengandungi sama ada ringkasan
kandungan daripada web berkaitan atau
teksnya yang lengkap. RSS membolehkan
individu mendapatkan maklumat terkini
daripada laman web kegemarannya secara
automatik yang lebih mudah daripada
memeriksanya secara manual. Pengguna
melanggan suapan dengan memasukkan
pautan suapan ke dalam pembaca
atau dengan mengklik ikon RSS dalam
penyemak imbas yang memulakan proses
langganan. Pembaca memeriksa suapan
yang dilanggan pengguna dengan kerap
bagi kandungan baru, dan memuat turun
sebarang kemas kinian yang ditemuinya.
Untuk halaman web Suapan RSS yang
tidak tersedia, menu ikon 'Tambah Suapan
RSS' akan dinyahdayakan.
Kongsi halaman
– Ketik untuk
berkongsi halaman web.
Cari pada halaman
– Membolehkan
anda untuk mencari teks pada
halaman web terkini.
Pilih teks
– Untuk memilih teks pada
halaman web. Serlahkan teks yang
anda inginkan menggunakan jari
anda. Teks yang diserlahkan disalin
pada papan klip dan anda boleh
menampalnya di mana-mana yang
membolehkan teks dimasukkan.
Lebih banyak
•
Halaman utama
– Untuk beralih ke
Halaman utama.
•
Tetapkan halaman utama
– Untuk
menetapkan halaman semasa sebagai
halaman utama anda.
•
Menambah pintasan pada Laman
Utama
– Tambah halaman semasa
sebagai pintasan ke skrin utama.
•
Maklumat halaman
– Untuk melihat
butiran halaman web.
•
Muat turun
– Untuk melihat sejarah
muat turun.