27
NOTA
• Untuk memilih item, ketik bahagian
tengah ikon.
• Jangan tekan terlalu kuat; skrin
sentuh cukup sensitif untuk
mengesan sentuhan yang ringan,
dan lembut.
• Gunakan hujung jari anda untuk
mengetik pilihan yang anda
kehendaki. Berhati-hati untuk tidak
mengetik sebarang kekunci atau
ikon lain.
Sensor Kedekatan
Semasa menerima dan membuat
panggilan, sensor ini mematikan lampu
latar secara automatik dan mengunci
pad kekunci sentuh dengan mengesan
objek apabila telefon dekat dengan telinga
anda. Ini akan memanjangkan hayat bateri
dan mengelakkan pad kekunci sentuh
daripada diaktifkan tanpa sengaja semasa
panggilan.
Kunci telefon anda
Apabila anda tidak menggunakan LG-P936
tekan
Kekunci Kuasa/Kunci
untuk
mengunci telefon anda. Ini membantu
menghalang kekunci ditekan tanpa sengaja
dan menjimatkan kuasa bateri.
Serta, jika anda tidak menggunakan telefon
sementara waktu, skrin Utama atau skrin
lain yang anda lihat, digantikan dengan
skrin kunci secara automatik selepas 30
saat tiada aktiviti untuk memelihara bateri
dan mengelakkan terdail dari dalam saku.
Untuk membangunkan telefon anda, tekan
Kekunci Kuasa/Kunci
. Skrin kunci
akan muncul. Luncurkan skrin kunci ke
atas. Skrin terakhir yang anda gunakan
dibuka.