10
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien
dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan
bateri
•
Anda tidak perlu menyahcas bateri
sepenuhnya sebelum mengecasnya
semula. Tidak seperti sistem bateri yang
lain, tiada kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
•
Gunakan hanya bateri dan pengecas
LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
•
Jangan buka pemasangan atau litar
pintaskan pek bateri.
•
Pastikan sesentuh logam pada pek
bateri sentiasa bersih.
•
Ganti bateri apabila ia tidak lagi
memberi prestasi yang boleh diterima.
Pek bateri boleh dicas semula beratus-
ratus kali sebelum ia perlu diganti.
•
Cas semula bateri jika ia tidak
digunakan buat tempoh masa yang lama
untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
•
Jangan dedahkan pengecas bateri
kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang
tinggi, seperti di bilik air.
•
Jangan tinggalkan bateri di tempat yang
panas atau sejuk kerana ini mungkin
akan menjejaskan prestasi bateri.
•
Terdapat risiko letupan jika bateri diganti
dengan jenis yang salah.
•
Lupuskan bateri yang telah digunakan
mengikut arahan pengilang. Sila kitar
semula yang mana mungkin. Jangan
lupuskan sebagai sampah rumah yang
biasa.
•
Jika anda hendak mengganti bateri,
bawa ia ke pusat servis LG Electronics
atau wakil penjual yang disahkan untuk
mendapatkan bantuan.
•
Tanggalkan pengecas dari soket dinding
selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada
penggunaan yang tidak perlu.
•
Hayat sebenar bateri bergantung kepada
konfigurasi rangkaian, tetapan produk,
corak penggunaan, dan keadaan bateri
dan persekitaran.