MS-1
MALA
YSIA
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Sila baca arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan produk ini.
Apabila menggunakan perkakas elektrik, langkah berjaga-jaga
keselamatan asas hendaklah diikuti, termasuk yang berikut:
AMARAN
- Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik,
kebakaran atau kecederaan :
• Jangan mengendalikan suis semasa memandu. (Berbuat demikian
boleh menyebabkan kemalangan.)
• Jangan pasang produk di tempat yang boleh menghalang
penglihatan ke hadapan, operasi pemanduan, atau di tempat yang
boleh membahayakan penumpang. (Berbuat demikian boleh
menyebabkan kemalangan atau kecederaan.)
• Jangan meletakkan produk di tempat yang terdedah pada
pancaran cahaya matahari. (Berbuat demikian boleh
menyebabkannya meleding atau mengalami kerosakan.)
• Produk ini direka bentuk secara eksklusif untuk kegunaan dalam
kenderaan dengan bateri 12 V. Jangan gunakannya di dalam
kenderaan lain. Jangan gunakan produk ini di dalam trak besar,
bas atau kenderaan lain dengan bateri 24 V. (Berbuat demikian
boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.)
• Jangan rosakkan atau ubah suai kord. Selain itu, jangan gunakan
kord jika ia telah rosak. (Bahagian yang rosak boleh menyebabkan
litar pintas dan kord boleh mencair, menyebabkan kebakaran.) Jika
kord rosak, hubungi kedai tempat anda membuat pembelian atau
pusat servis SHARP yang sah.
• Jangan tarik kordnya apabila hendak menanggalkan palam
Penyesuai Kereta atau Palam USB Mikro. (Berbuat demikian boleh
merosakkan kord, menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.)
• Jangan memalamkan atau menanggalkan palam Penyesuai
Kereta atau Palam UBS Mikro menggunakan tangan yang basah.
(Berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan elektrik.)
• Apabila memindahkannya, berhati-hati supaya tidak menjatuhkan
produk atau ia boleh menyebabkan kejutan elektrik. (Berbuat
demikian boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan.)
Jika produk terjatuh atau didapati rosak, hubungi kedai tempat
anda membuat pembelian atau pusat servis SHARP yang sah.
Penggunaan berterusan produk yang rosak boleh menyebabkan
kebakaran atau kejutan elektrik.
OM_IG-NX2_EN_MS_VT_CS.indb MY-1
OM_IG-NX2_EN_MS_VT_CS.indb MY-1
31/5/2564 BE 16:50
31/5/2564 BE 16:50