Panduan memasak
Memanaskan semula cecair dan makanan
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk memanaskan
semula.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Minuman
(Kopi, Teh dan Air)
150 ml (1 cawan)
250 ml (1 koleh)
800 W
1-1½
1½-2
Arahan
Tuangkan ke dalam cawan dan panaskan semula tanpa ditutup. Letakkan
cawan/koleh di tengah-tengah pinggan putar. Biarkan di dalam ketuhar
gelombang mikro semasa masa biar dan kacau rata. Biarkan selama 1-2
minit.
Sup (Sejuk)
250 g
800 W
3-3½
Arahan
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan penutup
plastik. Kacau rata selepas memanaskan semula. Kacau sekali lagi sebelum
menghidangkannya. Biarkan selama 2-3 minit.
Stew (Dingin)
350 g
600 W
5½-6½
Arahan
Letakkan stew ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan penutup
plastik. Kacau sekali-sekala semasa memanaskan semula dan sekali lagi
sebelum membiarkan dan menghidangkannya. Biarkan selama 2-3 minit.
Pasta dengan Sos
(Dingin)
350 g
600 W
4½-5½
Arahan
Letakkan pasta (contohnya spageti atau mi telur) di atas pinggan seramik
leper. Tutup dengan plastik lekap gelombang mikro. Kacau sebelum
menghidangkannya. Biarkan selama 3 minit.
Pasta Berisi Sos
(Dingin)
350 g
600 W
5-6
Arahan
Letakkan pasta yang diisi (contohnya ravioli, tortelini) di dalam pinggan
seramik yang dalam. Tutup dengan penutup plastik. Kacau sekali-sekala
semasa memanaskan semula dan sekali lagi sebelum membiarkan dan
menghidangkannya. Biarkan selama 3 minit.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Hidangan Dalam
Pinggan (Dingin)
350 g
600 W
5½-6½
Arahan
Letakkan hidangan dengan 2-3 komponen sejuk di atas pinggan seramik.
Tutup dengan plastik lekap gelombang mikro. Biarkan selama 3 minit.
Memanaskan semula makanan dan susu bayi
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk memanaskan
semula.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa
Makanan Bayi (Sayur
+ Daging)
190 g
600 W
30 saat.
Arahan
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Masak bertutup.
Kacau selepas masa memasak. Sebelum menghidangkan, kacau
rata dan periksa suhunya dengan teliti. Biarkan selama 2-3 minit.
Bubur Bayi (
Susu + Buah)
190 g
600 W
20 saat.
Arahan
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Masak bertutup.
Kacau selepas masa memasak. Sebelum menghidangkan, kacau
rata dan periksa suhunya dengan teliti. Biarkan selama 2-3 minit.
Susu bayi
100 ml
300 W
30-40 saat.
200 ml
50 saat hingga
1 min.
Arahan
Kacau dan goncang betul-betul dan tuang ke dalam botol kaca
yang disteril. Letakkan di tengah-tengah pinggan putar. Masak
tanpa ditutup. Goncang betul-betul dan biarkan selama sekurang-
kurangnya 3 minit. Sebelum menghidangkan, goncang betul-betul
dan periksa suhunya dengan teliti. Biarkan selama 2-3 minit.
Bahasa Melayu 27
P
anduan memasak
P
anduan memasak
MW3500K_MG23K3513GK_SM_DE68-04421L-01_MS+ZH+EN.indb 27
2019-09-02 4:38:46