Perkakas memasak
Selamat untuk digunakan
dengan Gelombang Mikro
Komen
•
Perkakas kaca halus
✓
Boleh digunakan untuk menghangatkan makanan
atau cecair. Kaca yang halus boleh pecah atau
retak jika dipanaskan secara tiba-tiba.
•
Balang kaca
✓
Mesti tanggalkan tutupnya. Sesuai untuk
menghangatkan sahaja.
Logam
•
Bekas
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan atau kebakaran.
•
Ikat pintal beg
penyejuk beku
✗
Kertas
•
Pinggan, cawan, napkin
dan kertas dapur
✓
Untuk masa memasak yang singkat dan
menghangatkan. Juga untuk menyerap lembapan
yang berlebihan.
•
Kertas kitar semula
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan.
Plastik
•
Bekas
✓
Terutamanya jika termoplastik tahan panas.
Sesetengah plastik lain boleh meleding atau
berubah warna pada suhu yang tinggi. Jangan
gunakan plastik Melamin.
•
Plastik lekap
✓
Boleh digunakan untuk mengekalkan lembapan.
Tidak harus menyentuh makanan. Berhati-hati
apabila membuka plastik lekap kerana wap panas
akan keluar.
•
Beg penyejuk beku
✓✗
Hanya jika ia boleh direbus atau kalis ketuhar.
Tidak harus kedap udara. Cucuk dengan garpu,
jika perlu.
Kertas lilin atau kertas
minyak
✓
Boleh digunakan untuk mengekalkan lembapan
dan mencegah percikan.
✓
: Recommended
✓✗
: Use caution
✗
: Unsafe
Panduan memasak
Gelombang mikro
Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik kepada dan diserap oleh
kandungan air, lemak dan gulanya.
Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam makanan bergerak dengan pantas.
Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan geseran dan haba yang dihasilkan memasak
makanan.
Memasak
Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro menembusinya untuk
kecekapan maksimum. Gelombang mikro dipantulkan oleh logam, seperti keluli tahan karat,
aluminium dan tembaga, tetapi ia boleh menembusi seramik, kaca, tembikar dan plastik serta
kertas dan kayu. Jadi makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas logam.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro, termasuk sayur-
sayuran segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras, biji-bijian, kacang, ikan dan
daging. Sos, kastard, sup, puding kukus, jeruk, dan cutni boleh juga dimasak di dalam ketuhar
gelombang mikro. Umumnya, proses memasak gelombang mikro adalah ideal bagi sebarang
makanan yang biasanya dimasak di atas dapur. Mencairkan mentega atau coklat, contohnya
(lihat bab dengan petua, cara dan panduan).
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air yang menyejat naik
sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan boleh ditutup dengan pelbagai cara:
spt. dengan pinggan seramik, penutup plastik atau plastik lekap gelombang mikro yang sesuai.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting untuk
membolehkan suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
Panduan perkakas memasak
Bahasa Melayu 23
P
anduan memasak
P
anduan memasak
MW3500K_MG23K3513GK_SM_DE68-04421L-01_MS+ZH+EN.indb 23
2019-09-02 4:38:46