11
ms
Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Mesin ini hanya sesuai untuk pengunaan persendirian rumah
tangga dan di sekitar rumah. Guna pekakas hanya untuk kuantiti
dan masa penyediaan domestik.
Perkakas ini sesuai untuk memotong dan mencampurkan daging
mentah dan daging masak, bakon, ayam itik dan ikan. Makanan
yang diproses mestilah tidak mengandungi apaapa komponen
keras (misalnya tulang). Perkakas ini tidak boleh digunakan untuk
memproses objek atau bahan yang lain.
Aplikasi tambahan boleh digunakan, apabila menggunakan aksesori
lain yang diluluskan oleh pengilang. Gunakan alat hanya dengan
bahagian dan aksesori asli yang diluluskan.
Jangan sesekali menggunakan pemasangan seperti sisipan
pemotong dan pemarut untuk perkakas lain. Dengan itu, gunakan
hanya bahagian yang betul untuk pemasangan yang berkenaan.
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Arahan keselamatan penting.
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat. Ketidakpatuhan
terhadap arahan bagi penggunaan perkakas dengan betul akan
mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan
bahayanya. Kanakkanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan
perkakas ini. Kanakkanak tidak dibenarkan bermain dengan
perkakas ini. Kanakkanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau
menyelenggara perkakas ini.
W
Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
■
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda
kerosakkan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada
peralatan, seperti menukar kabel bekalan kuasa, hanya boleh
dilakukan oleh khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan
bahaya.
■
Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang
dikawal dengan alat kawalan jauh.