
M-6
TEKNIK MASAKAN GELOMBANG MIKRO
Susun bahagian yang paling tebal supaya menghala ke bahagian
luar piring.
Masak untuk jangkamasa yang paling pendek mengikut apa yang
disyorkan dan tambahkan masa jika perlu.
Makanan yang dimasak melampaui masa boleh berasap atau
menyala.
Lihat resepi untuk cadangan : tuala kertas, pembalut plastik gelombang
mikro atau penutup.
Penutup mengelakkan percikan dan membolehkan makanan dimasak
secara rata.
(Membolehkan kebersihan ketuhar dijaga).
Gunakan cebisan kecil kertas aluminium untuk menyalut bahagian
daging yang nipis untuk mengelakkan daripada terlampau masak.
Jika boleh, kacau sekali dua dengan menghala dari bahagian luar ke
bahagian tengah piring.
Makanan seperti ayam, hamburger atau steak harus dibalikkan sekali
semasa memasak.
Makanan seperti bebola daging harus disusun semula setelah separuh
masak, iaitu dari atas ke bawah dan dari bahagian tengah menghala
ke bahagian luar piring.
Selepas masak, biarkan makanan untuk masa yang secukupnya.
Keluarkan makanan dari ketuhar dan kacau, jika boleh.
Tutup makanan semasa dibiarkan supaya makanan selesai dimasak
tanpa terlampau masak.
Perhatikan petanda yang menunjukkan bahawa suhu masakan telah
dicapai.
Tanda-tanda secukup masak termasuk:
- Haba terlepas dari semua bahagian makanan, bukan pada bahagian
tepi
sahaja.
- Sendi peha daging ayam-itik dapat digerakkan dengan mudah.
- Daging dan ayam-itik tidak menunjukkan sebarang warna merah
muda.
- Warna ikan menjadi legap dan isi dapat dicungkil dengan mudah
dengan
garpu.
Kejadian yang biasa dengan masakan gelombang mikro. Ketumpatan
dan kelembapan dalam makanan akan mempengaruhi kadar
kelembapan di dalam ketuhar. Secara am, makanan yang ditutup tidak
akan menyebabkan pengewapan jika dibandingkan dengan makanan
yang tidak ditutup. Pastikan lubang edaran udara tidak terhalang.
Semasa menggunakan piring hangat atau bahan pemanas, selalu
letakkan bahan penebat haba seperti piring tembikar di bawah untuk
mengelakkan sebarang kerosakan pada piring putar, roda penetap dan
gandingan disebabkan oleh pengaruh haba. Jangan hangatkan piring
melebihi masa yang ditetapkan mengikut arahan penggunaan.
Untuk memasak makanan yang mengandungi lemak yang banyak,
jangan menggunakan pembalut ini kerana ianya akan cair.
Penggunaan bekas plastik untuk memasak masakan yang mengandungi
banyak lemak dan gula tidak sesuai dalam sesetengah ketuhar.
Susun makanan secara
berhati-hati.
Memastikan sudah masak
secukupnya
Biarkan makanan.
Susun semula makanan.
Balikkan makanan.
Kacau makanan.
Balut makanan.
Tutup makanan sebelum
memasak.
Jaga masa masakan.
Piring hangat
Pengewapan.
Plastik pembungkus selamat
ketuhar
Bekas plastik selamat ketuhar
R-360N(R) [03MA]_01-21.indd 6
R-360N(R) [03MA]_01-21.indd 6
3/3/08 12:41:35 PM
3/3/08 12:41:35 PM