
M-3
15
12
11
1
2
13
14
10
9
8
3
4
7
6
5
4
ARAHAN UNTUK MEMASANG KETUHAR
1. Keluarkan semua benda yang terletak di dalam ruang ketuhar. Periksa sama ada terdapat sebarang
kerosakan seperti pintu yang tidak dapat ditutup dengan baik, pengedap di sekeliling pintu yang rosak
atau lekuk di dalam ruang ketuhar atau di atas pintu. Sekiranya ada sebarang kerosakan, jangan gunakan
ketuhar itu sehingga telah diperiksa oleh PUSAT SERVIS YANG DILULUSKAN OLEH SHARP dan diperbaiki,
jika perlu.
2. Benda-benda yang disertakan bersama:
1) Piring putar 2) Roda penetap 3) Buku panduan operasi 4) Buku resepi
3. Tempatkan penetap roda dalam coupling di atas dasar ketuhar, kemudian letakkan piring putar di atas
penetap roda dan pastikan ianya terpasang rapi. Rujuk RAJAH KETUHAR di bawah. JANGAN SEKALI-KALI
mengendalikan ketuhar tanpa penetap roda dan piring putar.
4. Jangan letakkan ketuhar di tempat yang bersuhu tinggi dan dikelilingi stim. Contohnya, bersebelahan
dengan ketuhar pembakar kek.
Lubang edaran udara bagi ketuhar yang dipasang mestilah tidak terhalang.
Pastikan terdapat ruang sekurang-kurangnya 15sm di atas ketuhar untuk membenarkan udara bergerak
bebas.
Ketuhar ini tidak direka untuk dilekatkan di dinding atau kabinet.
5. Pengeluar atau pengedar ketuhar tidak akan menanggung liabiliti sekiranya berlaku kerosakan atau
kecederaan disebabkan kegagalan mematuhi prosedur pemasangan elektrik yang betul.
Kuasa voltan dan frekuensi mestilah disesuaikan dengan label pengadaran yang tertera di belakang
ketuhar.
6. Ketuhar ini mesti disambung kepada wayar bumi.
PENTING
Warna pada wayar di dalam saluran bekalan elektrik adalah berdasarkan pada kod berikut:
Hijau-dan-kuning : Bumi
Biru
: Neutral
Cokelat
: Hidup
Sekiranya warna pada wayar di dalam saluran bekalan elektrik pada ketuhar adalah tidak sepadan dengan
warna yang ditandakan pada plag, buat seperti berikut:
Wayar yang berwarna hijau-dan-kuning harus disambung kepada terminal pada plag yang bertanda huruf
E ataupun tanda bumi
ataupun berwarna hijau atau hijau-dan-kuning.
Wayar yang berwarna biru harus disambung kepada terminal yang bertanda huruf N atau berwarna biru.
Wayar yang berwarna cokelat harus disambung kepada terminal yang bertanda huruf L atau berwarna
cokelat.
GAMBARAJAH KETUHAR
1. Butang pembuka pintu
2. Lampu ketuhar
3. Engsel pintu
4. Selak pintu
5. Pintu lutsinar
6. Pengedap pintu dan permukaan pengedap
7. Gandingan
8. Penutup hala gelombang (Jangan alihkan)
9. Panel kawalan dengan sentuhan
(Lihat muka surat M-4.)
10. Paparan hablur cecair
11. Lubang edaran udara
12. Salur bekalan kuasa
13. Piring putar
14. Roda penetap
15. Label pengadaran
R-360N(R) [03MA]_01-21.indd 3
R-360N(R) [03MA]_01-21.indd 3
3/3/08 12:41:35 PM
3/3/08 12:41:35 PM