Arahan keselamatan
4
Bahasa Melayu
Ar
ahan k
eselamat
an
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih
boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh
memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin mengakibatkan
situasi yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di
atas kaunter (bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini tidak
harus diletakkan di atas kabinet.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan
jalan raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk kanak-
kanak) yang mempunyai keupayaan fizikal, sensori atau mental yang
kurang, atau tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali
mereka telah diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan
alat ini oleh orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain
dengan alat ini.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas dan
orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diselia atau
diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan cara yang selamat
dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya
bermain dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna
tidak seharusnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian
yang betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga dan
kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar
harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian
baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau
mengeluarkan asap , cabut palam kuasa dengan segera dan
hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan berkelayakan
sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk fungsi gelombang
mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi
untuk membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah terbakar; lokasi
yang lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada cahaya matahari secara terus
atau air; atau di mana gas mungkin bocor; atau permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada terminal palam
kuasa dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
ME731K-M_XSM_DE68-04491A-00_MS+ZH+EN.indb 4
2017-04-20 8:39:42
Summary of Contents for ME731K
Page 30: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 30 2017 04 20 8 40 00 ...
Page 31: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 31 2017 04 20 8 40 00 ...
Page 33: ...微波炉 用户手册 ME731K ME731K M ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 1 2017 04 20 8 40 09 ...
Page 62: ...备忘录 ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 30 2017 04 20 8 40 29 ...
Page 63: ...备忘录 ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 31 2017 04 20 8 40 29 ...
Page 94: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 30 2017 04 20 8 40 58 ...
Page 95: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 31 2017 04 20 8 40 58 ...