24
Bahasa Melayu
P
anduan perk
ak
as memasak
Panduan perkakas memasak
Untuk memasak makanan di dalam ketuhar gelombang mikro, gelombang mikro mestilah
boleh menembusi makanan, tanpa dipantulkan atau diserap oleh bekas yang digunakan.
Anda haruslah berhati-hati apabila memilih perkakas memasak. Jika perkakas memasak
ditandakan sebagai selamat untuk digunakan dengan gelombang mikro, anda tidak perlu bimbang.
Jadual yang berikut menyenaraikan pelbagai jenis perkakas memasak dan menunjukkan sama
ada ia boleh digunakan dan cara ia seharusnya digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Perkakas memasak
Selamat untuk
digunakan dengan
Gelombang Mikro
Komen
Kerajang aluminium
✓✗
Boleh digunakan dalam bentuk kepingan kecil untuk
melindungi bahagian-bahagian daripada terlampau
masak. Pengarkaan boleh berlaku jika kerajang
terlalu hampir dengan dinding ketuhar atau jika
terlalu banyak kerajang digunakan.
Pinggan kerak
✓
Jangan panaskan terlebih dahulu selama lebih dari
8 minit.
Perkakas tembikar
atau tanah liat
✓
Tembikar, perkakas tanah liat yang diglis dan
tembikar “bone china” biasanya sesuai, kecuali
dihiasi dengan perapi logam.
Bekas kadbod
poliester pakai buang
✓
Sesetengah makanan sejuk beku dibungkus dalam
bekas-bekas ini.
Bungkusan makanan segera
• Bekas cawan
polistirena
✓
Boleh digunakan untuk menghangatkan makanan.
Pemanasan yang terlampau boleh menyebabkan
polistirena cair.
• Beg kertas atau
surat khabar
✗
Boleh terbakar.
•
Kertas kitar semula
atau perapi logam
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan.
Perkakas kaca
• Perkakas dari
ketuhar ke meja
✓
Boleh digunakan, kecuali dihiasi dengan perapi
logam.
Perkakas memasak
Selamat untuk
digunakan dengan
Gelombang Mikro
Komen
• Perkakas kaca
halus
✓
Boleh digunakan untuk menghangatkan makanan
atau cecair. Kaca yang halus boleh pecah atau retak
jika dipanaskan secara tiba-tiba.
• Balang kaca
✓
Mesti tanggalkan tutupnya. Sesuai untuk
menghangatkan sahaja.
Logam
• Bekas
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan atau kebakaran.
• Ikat pintal beg
penyejuk beku
✗
Kertas
• Pinggan, cawan,
napkin dan
kertas dapur
✓
Untuk masa memasak yang singkat dan
menghangatkan. Juga untuk menyerap lembapan
yang berlebihan.
• Kertas kitar
semula
✗
Boleh menyebabkan pengarkaan.
Plastik
• Bekas
✓
Terutamanya jika termoplastik tahan panas.
Sesetengah plastik lain boleh meleding atau
berubah warna pada suhu yang tinggi. Jangan
gunakan plastik Melamin.
• Plastik lekap
✓
Boleh digunakan untuk mengekalkan lembapan.
Tidak harus menyentuh makanan. Berhati-hati
apabila membuka plastik lekap kerana wap panas
akan keluar.
• Beg penyejuk
beku
✓✗
Hanya jika ia boleh direbus atau kalis ketuhar. Tidak
harus kedap udara. Cucuk dengan garpu, jika perlu.
Kertas lilin atau
kertas minyak
✓
Boleh digunakan untuk mengekalkan lembapan dan
mencegah percikan.
✓
: Disyorkan
✓✗
: Amaran penggunaan
✗
: Tidak Selamat
ME731K-M_XSM_DE68-04491A-00_MS+ZH+EN.indb 24
2017-04-20 8:39:59
Summary of Contents for ME731K
Page 30: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 30 2017 04 20 8 40 00 ...
Page 31: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 31 2017 04 20 8 40 00 ...
Page 33: ...微波炉 用户手册 ME731K ME731K M ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 1 2017 04 20 8 40 09 ...
Page 62: ...备忘录 ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 30 2017 04 20 8 40 29 ...
Page 63: ...备忘录 ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 31 2017 04 20 8 40 29 ...
Page 94: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 30 2017 04 20 8 40 58 ...
Page 95: ...Memo Memo ME731K M_XSM_DE68 04491A 00_MS ZH EN indb 31 2017 04 20 8 40 58 ...