
Muncung Parket hebat
Anda boleh menggunakan muncung parket untuk membersihkan parket dan lantai keras jenis lain.
Muncung parket dilengkapi dengan pad mikrogentian yang berputar yang membersih dan menggilap
lantai dengan lembut dan menanggalkan kekotoran degil. Muncung ini melonggarkan kekotoran dan
memerangkapnya di dalam gentian pada pad. Pad ini, bersama dengan kuasa sedutan pembersih
vakum ini yang tinggi menyebabkan muncung ini membersih 3 kali lebih baik daripada muncung biasa.
Jangan sekali-kali gunakan air untuk membersihkan lantai kayu atau parket.
Muncung kecil dan muncung ceruk/berus
1
Sambungkan muncung kecil atau muncung ceruk/berus langsung kepada gegenggam tangan
atau tiub (Gamb. 14).
1 Muncung kecil: gunakan muncung ini untuk membersihkan kawasan kecil, seperti pada tempat
duduk pada kerusi dan sofa.
2 Muncung ceruk/berus: gunakan bahagian ceruk muncung ini untuk membersihkan sudut sempit
atau tempat yang sukar dicapai dan gunakan bahagian berus untuk membersihkan komputer, rak
buku dsb.
Menggunakan perkakas
Pembersihan vakum
- Anda boleh mengangkat pembersih vakum pada pemegangnya di bahagian hadapan atau di
bahagian atas perkakas (Gamb. 15).
1
Tarik kord sesalur kuasa keluar daripada perkakas dan masukkan plag sesalur kuasa ke dalam
soket dinding.
2
Tekan butang hidup/mati pada bahagian atas perkakas menggunakan kaki anda untuk
menghidupkan perkakas (Gamb. 16).
3
Untuk mematikan perkakas, tekan butang hidup/mati lagi.
Pengendalian kawalan jauh
Alat kawalan jauh mempunyai tiga butang untuk anda mengendalikan pembersih vakum. Dengan
butang ‘+’ dan ‘-’, anda ubah suai kuasa sedut dan dengan butang siap sedia anda alihkan perkakas
kepada mod siap sedia.
Nota: Alat kawalan jauh hanya berfungsi selepas anda menghidupkan perkakas menggunakan suis
hidup/mati pada perkakas itu sendiri.
Nota: Ganti bateri apabila lampu pada alat kawalan jauh tidak menyala ketika anda menekan mana-
mana butang pada alat kawalan jauh. Lihat bab ‘Sebelum penggunaan pertama’.
Nota: Jika anda menanggalkan plag perkakas tanpa mematikannya menggunakan butang hidup/mati,
perkakas akan mengingati tetapan terakhir yang dipilih (termasuk mod siap sedia) pada alat kawalan
jauh apabila anda memasang plag itu semula.
Melaraskan kuasa sedutan
Semasa memvakum, anda boleh melaraskan paras kuasa sedutan menggunakan butang – dan + pada
alat kawalan jauh.
- Gunakan kuasa sedutan minimum untuk memvakum langsir, alas meja dsb (Gamb. 17).
- Gunakan kuasa sedutan maksimum untuk memvakum permaidani yang kotor dan lantai yang
keras (Gamb. 18).
Bahasa MElayu
30
Summary of Contents for FC8278
Page 1: ...FC8278 ...
Page 2: ......
Page 3: ...1 ...
Page 4: ...33 ...
Page 60: ......
Page 61: ...2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 ...
Page 62: ...22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 34 35 36 37 38 39 40 ...
Page 63: ......
Page 64: ...4222 003 3564 1 ...