38
Operasi
Ruang pilih Segar Asli/Dingin
Ruang boleh pilih ditetapkan kepada [CHILLED] ketika pembelian.
Sila tetapkan untuk menyesuaikan tujuan penyimpanan makanan.
Menggunakan ruang Segar Asli (Prime Fresh)
Anggaran -3 °C ~ -1 °C
■
Apabila anda ingin memanjangkan jangka hayat makanan dengan membuatkannya separa beku.
●
Ruang ini sesuai untuk menyimpan makanan segar seperti daging atau ikan.
•Jika dibandingkan dengan menyimpan di dalam ruang Dingin atau petak peti
sejuk, jangka hayat penyimpanan daging atau ikan menjadi lebih lama.
•Suhu boleh ditetapkan kepada “ 1 ”, “ 2 ” atau “ 3 ” untuk disesuaikan dengan isi
padu dan jenis makanan. (Hal. 34)
[Contoh makanan untuk disimpan]
•Daging •Ikan
●
Apabila makanan terlalu beku ............. Hirisan ikan mentah atau hirisan daging mungkin menjadi terlalu beku.
Tetapkan suhu kepada “ 1 ” untuk mengelakkan makanan terlebih beku.
●
Apabila makanan tidak separa beku ... Bergantung kepada jenis makanan seperti daging ketul atau ikan besar,
keadaan penyimpanan dan suhu sekeliling, makanan mungkin tidak
separa beku seperti dikehendaki. Tetapkan suhu kepada “ 3 ”.
Mudah dipotong.
Makanan yang separa beku mudah dipotong!
Jika anda ingin menghiris ikan mentah atau daging ketul, bekukan sebentar
makanan di dalam ruang segar asli. Ia amat membantu.
Menggunakan ruang Dingin
Anggaran 0 °C ~ 2 °C
■
Apabila anda tidak mahu membekukan makanan.
●
Ruang ini sesuai untuk menyimpan makanan dingin atau produk tenusu.
[Contoh makanan untuk disimpan]
•Makanan dingin •Mi rebus
•Yogurt
•Krim segar
•Keju
●
Bergantung kepada makanan, ia mungkin dibekukan
sebahagian.
Ubah kedudukan makanan atau tetapkan suhu petak peti sejuk kepada “ 1 ”.
Petua menyimpan
■
Apakah makanan itu tidak sesuai untuk Segar Asli/Dingin?
●Telur ●Susu ●Air ●Jus ●Tauhu
Dalam petak peti
sejuk
●Sayur • Buah
Dalam petak
sayuran
●Ais ●Ais krim ●Makanan beku
Dalam petak
pembeku
■
Apakah tempoh menyimpan tanpa
bungkusan plastik?
(Ruang boleh pilih ditetapkan kepada
[CHILLED].)
Contoh makanan
Garis panduan masa
Sandwic
Anggaran 3 jam
Sashimi (ikan mentah)
Anggaran 6 jam
Salad
Anggaran 6 jam
Telur dadar
Anggaran 9 jam
Permintaan
●
Tukar tetapan suhu ruang boleh pilih agar sesuai dengan tujuan penyimpanan atau jenis makanan.
●
Apabila anda menukar tetapan suhu, pastikan untuk menggantikan makanan agar sesuai dengan suhu yang ditetapkan.
Notis
●
Tetapan untuk segar asli “ 1 ”, “ 2 ” dan “ 3 ” menggunakan lebih 10% tenaga berbanding dengan tetapan [CHILLED].