29
Bahasa Melayu
Pengenalan
Arahan keselamatan
Untuk plag kuasa dan kord...
●
Dari semasa ke semasa buang kotoran seperti habuk dari plag kuasa.
●
Pasangkan plag ke dalam soket dinding yang sama voltan dengan arus dan masukkan plag
sepenuhnya.
●
Apabila mencabut plag kuasa, pegang pada plag bukan pada kordnya.
●
Cabut plag ketika membersihkan peti sejuk.
●
Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan peti sejuk bagi tempoh yang panjang, cabut
plagnya.
(Jika tidak, ia boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik)
●
Jika kord atau plag kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang ejen perkhidmatannya atau
orang yang mempunyai kelayakan seumpamanya untuk mengelakkan bahaya.
●
Jangan memasukkan atau mencabut plag kuasa ke dalam/dari soket dinding dengan tangan yang
basah.
●
Jangan merosakkan plag kuasa atau kord. Jangan memotong atau memproses plag atau
kord; jangan didedahkan kepada suhu yang tinggi; jangan melentur, memutar atau menarik
secara berlebihan; jangan meletakkan objek berat di atasnya; dan jangan menyusunnya dalam
longgokan.
→ Hubungi wakil pengedar anda untuk membaiki plag atau kord.
●
Tidak menolak belakang peti sejuk rapat ke plag kuasa.
●
Jangan gunakan ketika kord atau plag kuasa rosak, atau ketika plag tidak dimasukkan
sepenuhnya ke dalam soket.
Berhenti menggunakan peti sejuk serta merta dan cabut plag,
jika terdapat keabnormalan atau kegagalan.
(Jika tidak ia boleh menyebabkan asap, kebakaran atau kejutan elektrik.)
Contoh-contoh keabnormalan dan kegagalan
●
Kord atau plag kuasa menjadi terlalu panas
●
Kord kuasa terpotong atau cacat
●
Terdapat bau terbakar
●
Anda boleh merasakan getaran elektrik
Hubungi wakil pengedar dengan segera untuk pemeriksaan atau pembaikan.
Di atas peti sejuk...
●
Jangan meletakkan apa-apa pun.
Jika tidak, ia mungkin jatuh kerana getaran.
●
Jangan meletakkan apa-apa pun pada penutup atas.
(Jika tidak bahagian tersebut boleh menjadi cacat dan boleh menyebabkan
kejutan elektrik.)
Maksud simbol.
Jangan
Menunjukkan alat mestilah dialirkan
ke bumi untuk mencegah kejutan
elektrik
Pastikan anda lakukan ini
Jangan tanggalkan
AMARAN
Menunjukkan risiko kematian atau kecederaan serius.
Alat ini bukan disasarkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) dengan kecacatan
fizikal, deria atau mental, atau yang kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali jika mereka
telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
iso-butane