![background image](http://html1.mh-extra.com/html/omron/hem-7156/hem-7156_instruction-manual_741663071.webp)
70
MS
4. Penyelenggaraan
4.1 Penyelenggaraan
Untuk melindungi pemantau anda daripada rosak, ikuti arahan di bawah:
Perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan oleh pengilang akan membatalkan waranti pengguna.
Perhatian
JANGAN merungkai atau cuba membaiki pemantau ini atau komponen lain. Ini boleh mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
4.2 Penyimpanan
• Pastikan pemantau anda dalam bekas penyimpanannya apabila tidak digunakan.
1. Tanggalkan kaf lengan daripada pemantau.
Perhatian
Untuk mencabut palam udara, tarik pada palam udara plastik di pangkal tiub, bukan pada tiub itu sendiri.
2. Lipat tiub udara secara lembut ke dalam kaf lengan. Perhatian: Jangan bengkokkan atau renyukkan tiub udara secara berlebihan.
3. Tempatkan pemantau anda dan komponen lain ke dalam bekas penyimpanan.
• Simpan pemantau anda dan komponen lain di tempat yang bersih dan selamat.
• Jangan simpan pemantau anda dan komponen lain:
• JIka pemantau dan komponen yang lain basah.
• Di lokasi yang terdedah kepada suhu ekstrem, kelembapan, sinar matahari langsung, debu atau wap mengkakis seperti peluntur.
• Di tempat yang terdedah kepada getaran dan kejutan.
4.3 Pembersihan
• Jangan guna pencuci yang melelas atau mudah meruap.
• Guna kain yang kering dan lembut atau kain lembut yang dilembapkan dengan detergen lembut (neutral) untuk memberishkan pemantau dan kaf lengan
anda, dan kemudian lap dengan kain yang kering.
• Jangan basuh atau rendam pemantau dan kaf lengan anda atau kompnen lain di dalam air.
• Jangan guna gasolin, pencair atau pelarut yang serupa untuk membersihkan pemantau dan kaf lengan atau komponen yang lain.
4.4 Penentukuran dan Perkhidmatan
• Ketepatan pemantau tekanan darah ini telah diuji dengan teliti dan direka bentuk untuk hayat perkhidmatan yang lama.
• Disarankan secara am supaya memastikan unit ini diperiksa setiap dua tahun bagi memastikan fungsi dan ketepatan yang betul. Sila rujuk pada pengedar
OMRON anda yang sah atau Khidmat Pelanggan OMRON di alamat yang diberi pada bungkusannya atau risalah yang dilampirkan.