72
MS
6. Pelupusan Yang Betul bagi Produk ini (Sisa Peralatan Elektrik & Elektronik)
Tanda ini yang dipamerkan pada produk atau risalahnya, mengisyaratkan bahawa ia tidak boleh dilupuskan, dengan sisa isi rumah lain pada
penghujung hayat penggunaannya.
Untuk mencegah kemungkinan mudarat kepada alam sekitar atau kesihatan manusia daripada pelupusan sisa luar kawalan, sila asingkan produk
ini daripada sisa jenis lain dan kitar semula secara bertanggungjawab bagi menggalakkan usaha guna semula sumber bahan yang lestari.
Pengguna isi rumah hendaklah menghubungi sama ada penjual runcit di mana mereka telah membeli produk ini, atau pejabat kerajaan tempatan
mereka, untuk mendapatkan butiran lanjut tentang di mana dan bagaimana mereka boleh mengembalikan item ini untuk dikitar semula secara
selamat untuk alam sekitar.
Pengguna perniagaan hendaklah menghubungi pembekal mereka dan menyemak terma dan syarat kontrak pembelian berkaitan. Produk ini tidak boleh
dicampur dengan sisa komersil lain untuk pelupusan.
Pelupusan bateri terpakai perlu dijalankan berdasarkan peraturan tempatan.
7. Maklumat Penting Tentang Keserasian Elektromagnet (EMC)
HEM-7156 yang dikilang oleh OMRON HEALTHCARE Co., Ltd. mematuhi standard EN60601-1-2:2015 Keserasian Elektromagnet (EMC).
Dokumentasi lanjut berlandaskan standard EMC ini boleh didapati di https://www.omronhealthcare-ap.com/emc-information
Rujuk pada maklumat EMC untuk HEM-7156 di laman web ini.
8. Panduan dan Pengisytiharan Pengilang
• Pemantau tekanan darah ini direka menurut Standard Eropah EN1060, Sfigmomanometer tidak invasif Bahagian 1: Keperluan Am dan Bahagian 3: Keperluan
tambahan untuk sistem pengukuran tekanan darah elektromekanikal.
• Produk OMRON ini dikeluarkan di bawah sistem kualiti OMRON HEALTHCARE Co., Ltd., Japan, yang ketat. Komponen Teras pemantau tekanan darah OMRON
ini, iaitu Sensor Tekanan, dikeluarkan di Jepun.
• Sila laporkan kepada pengilang dan pihak berkuasa berwibawa Negara Ahli tempat anda menetap tentang apa-apa kejadian serius yang telah berlaku
berhubung peranti ini.