![background image](http://html1.mh-extra.com/html/omron/hem-7156/hem-7156_instruction-manual_741663067.webp)
66
MS
• JANGAN SEKALI-KALI memasang palam penyesuai AC atau mencabut
penyesuai AC ini daripada salur keluar elektrik menggunakan tangan
yang basah.
• JANGAN merungkai atau cuba membaiki penyesuai AC ini.
Pengendalian dan Penggunaan Bateri
• Pastikan bateri di luar capaian bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
2.2 Perhatian
Menandakan situasi yang mungkin berbahaya, yang dapat
menyebabkan pengguna atau pasien mengalami cedera
ringan atau sedang, atau menyebabkan kerusakan pada
peralatan atau benda lainnya, apabila tidak dihindari.
• Berhenti menggunakan pemantau ini dan rujuk pada doktor anda jika
anda mengalami kerengsaan kulit atau rasa tidak selesa.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan pemantau anda
pada lengan yang terdapat akses atau terapi intravaskular, atau syun
arteriovena (A-V), kerana gangguan sementara kepada aliran darah dan
boleh mengakibatkan kecederaan.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan pemantau ini jika anda
pernah menjalani mastektomi.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan pemantau ini jika anda
menghidap masalah aliran darah yang teruk atau gangguan darah kerana
pengembangan kaf boleh mengakibatkan lebam.
• JANGAN ambil ukuran lebih kerap daripada perlu kerana lebam akibat
gangguan aliran darah boleh berlaku.
• HANYA kembangkan kaf lengan sewaktu dipakai pada bahagian atas
lengan sahaja.
• Tanggalkan kaf lengan tersebut jika ia tidak mula mengecut semasa
membuat pengukuran.
• JANGAN guna pemantau ini untuk apa-apa tujuan lain selain mengukur
tekanan darah.
• Semasa mengukur, pastikan tiada peranti mudah alih atau apa jua peranti
elektrik lain yang mengeluarkan medan elektromagnet dalam lingkungan
30 cm dari pemantau ini. Ini boleh mengakibatkan peranti ini beroperasi
secara tidak betul dan/atau mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN merungkai atau cuba membaiki pemantau ini atau komponen
lain. Ini boleh mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN GUNA pemantau ini di lokasi di mana terdapat lembapan atau
yang terdedah pada percikan air. Ini boleh merosakkan pemantau ini.
• JANGAN guna pemantau ini dalam kenderaan yang bergerak seperti
kereta atau kapal terbang.
• JANGAN jatuhkan atau menyebabkan pemantau ini mengalami kejutan
atau getaran yang kuat.
• JANGAN guna pemantau ini di tempat yang mempunyai kelembapan
yang tinggi atau rendah atau suhu yang tinggi atau rendah. Rujuk pada
bahagian 5.
• Sewaktu mengukur, perhatikan lengan bagi memastikan pemantau ini
tidak mengakibatkan gangguan berpanjangan kepada peredaran darah.
• JANGAN guna pemantau ini dalam persekitaran yang memerlukan
penggunaan yang tinggi seperti di klinik perubatan atau pejabat doktor.
• JANGAN guna pemantau ini dengan peralatan perubatan elektrik (ME)
lain secara serentak. Ini boleh mengakibatkan peranti ini beroperasi secara
tidak betul dan/atau mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• Elak daripada mandi, minum alkohol atau kafein, merokok, bersenam dan
makan selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mengambil ukuran.
• Berehat selama sekurang-kurangnya 5 minit sebelum mengambil ukuran.
• Tanggalkan pakaian yang ketat atau tebal daripada lengan semasa
mengambil ukuran.
• Jangan bergerak dan JANGAN bercakap semasa mengambil ukuran.
• HANYA guna kaf lengan pada individu yang ukur lilit tangannya dalam
lingkungan julat yang dinyatakan pada kaf tersebut sahaja.
• Pastikan pemantau ini telah dibiasakan pada suhu bilik sebelum
mengambil ukuran. Mengambil ukuran selepas perubahan suhu ekstrem
boleh mengakibatkan bacaan yang tidak tepat. OMRON mengesyorkan
supaya menunggu sekitar 2 jam untuk memanaskan atau menyejukkan
pemantau, sewaktu pemantau ini digunakan dalam persekitaran yang
berada pada lingkungan suhu yang ditetapkan sebagai keadaan operasi,
selepas ia disimpan sama ada pada suhu simpanan maksimum atau
minimum. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai suhu operasi
dan simpanan/pengangkutan, rujuk bahagian 5.
• JANGAN guna pemantau ini selepas tempoh tahan lamanya telah berakhir.
Rujuk pada bahagian 5.
• JANGAN renyukkan kaf lengan atau tiub udara secara berlebihan.
• JANGAN lipat atau pintal tiub udara semasa mengambil ukuran. Ini boleh
mengakibatkan kecederaan dengan mengganggu aliran darah.
• Untuk mencabut palam udara, tarik pada palam udara plastik di pangkal
tiub, bukan pada tiub itu sendiri.