Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien (bersambung)
10
•
Jangan keluarkan kad SIM semasa menggunakan
peranti. Ini mungkin merosakkan kad SIM atau sistem.
•
Ambil langkah pencegahan tambahan untuk memastikan
kad SIM tidak tercalar, dibengkokkan atau dirosakkan
oleh magnet. Ini mungkin memadamkan fail yang
disimpan pada kad SIM atau menyebabkan kerosakan
peranti.
Langkah penjagaan apabila menggunakan
kad memori
•
Pastikan kedudukan kad betul semasa memasukkan kad
memori. Memasukkan kad pada orientasi yang salah
mungkin merosakkan kad.
Tanda dagangan
•
Bluetooth® adalah tanda dagangan berdaftar Bluetooth
SIG, Inc. sedunia.
•
Wi-Fi® dan logo Wi-Fi adalah tanda dagangan berdaftar
Wi-Fi Alliance.
Maklumat dan penjagaan bateri
•
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri lain,
tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi
bateri.
•
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG
direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
•
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
•
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang
boleh diterima. Pek bateri mungkin dicas beratus kali
sehingga ia perlu digantikan.
•
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh
masa yang lama untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
•
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya
matahari langsung atau gunakannya pada kelembapan
yang tinggi, seperti di bilik air.
•
Jangan biarkan peranti di tempat yang panas atau sejuk
kerana ini mungkin menjejaskan prestasi bateri.
•
Risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan.
•
Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon
dicas sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa pengecas
daripada penggunaan yang tidak perlu.
•
Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi
rangkaian, tetapan produk, corak penggunaan, dan
keadaan bateri dan persekitaran.
•
Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau
gigi haiwan, bersentuhan dengan bateri. Ini akan
menyebabkan kebakaran.
Langkah penjagaan apabila menggunakan
kad SIM
•
Jangan masukkan kad SIM ke dalam peranti dengan
label atau perekat terlekat. Ini mungkin menyebabkan
kerosakan.