Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien (bersambung)
6
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan prestasi.
•
Jangan gunakan telefon mudah alih anda
berhampiran kelengkapan perubatan tanpa meminta
kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak
jantung, contohnya, di dalam poket dada anda.
•
Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu
oleh telefon mudah alih.
•
Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio,
PC, dsb.
•
Guna telefon anda dalam suhu di antara 0 ºC
dan 40 ºC, jika boleh. Mendedahkan telefon anda
kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan
mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
•
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
•
Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan
baik.
•
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang
berlebihan.
•
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat pada
jalur magnetik.
•
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia
boleh merosakkan telefon.
•
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau
kelembapan.
•
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.
•
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan
atau membaiki kaca yang pecah, sumbing atau retak.
Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
•
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana
haba pada penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam
keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin
akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur
sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila
mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas
menggunakannya.
•
Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta
merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan
cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan
sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar
gelombang mikro atau pengering rambut.
•
Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label
produk dalam telefon anda. Kerosakan pada peranti
anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh
waranti anda.