Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien (bersambung)
8
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang
dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut sebarang aturan dan
peraturan.
Persekitaran boleh meletup
•
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
•
Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan
kimia.
•
Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair
atau bahan letupan di dalam ruang yang sama dengan
yang mengandungi telefon mudah alih anda dan
aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam
pesawat.
yang tidak betul.
•
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan
berjalan, sila pastikan bahawa volum berada pada paras
yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda
berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran,
jangan mendengar pada tahap volum yang
tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika
anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk tempoh
yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda
tidak menghidupkan atau mematikan telefon mudah
alih berhampiran dengan telinga anda. Kami juga
mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan
ditetapkan pada paras yang berpatutan.
•
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum
jika anda tidak dapat mendengar orang yang bercakap
berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk
di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang
anda dengar.
Tekanan bunyi yang melampau dari fon
telinga dan fon kepala boleh menyebabkan
kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat
daripada kaca. Kaca ini akan retak atau pecah jika
telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan
sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti
menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.