68
Bahasa M
ala
ysia
69
Bahasa M
ala
ysia
10
9
7
8
Melaraskan bunyi dan kelantangan
Tekan kelantangan naik atau turun (+ atau -) untuk melaraskan kelantangan . (Lihat rajah )
* Bergantung pada telefon
Menukar fon kepala Jabra
Untuk menukar fon kepala Jabra yang dibekalkan dengan set kegemaran anda, hanya
sambung jek fon kepala anda ke dalam soket fon kepala pada Jabra BT325s .
Jika menggunakan set fon kepala selain daripada model Jabra yang dibekalkan, sila
ambil perhatian bahawa perbezaan impedans dan kepekaan mungkin mengehadkan
atau menambah tahap keluaran kelantangan maksimum . Tahap impedans 6 Ohm
adalah disyorkan untuk prestasi terbaik . Walau bagaimanapun, sentiasa amalkan langkah
beringat apabila menggunakan set fon kepala selain daripada model Jabra yang asli .
Apa maksud lampu-lampu berikut
Menyelesaikan masalah dan Soalan-soalan lazim
Saya dengar bunyi berkeritan
Bluetooth adalah suatu teknologi radio bermakna ia sensitif terhadap objek di antara set
kepala dan peranti yang bersambung dengannya . Anda sepatutnya boleh mendapatkan
jarak 0 meter (33 kaki) di antara set kepala dan peranti yang disambungkan apabila
tiada objek besar dalam laluan (dinding dan sebagainya) .
Saya tidak dapat mendengar panggilan telefon di set kepala
Tambahkan kelantangan pada BT325s .
Pastikan bahawa set kepala dipasangkan dengan telefon anda .
Pastikan bahawa telefon anda bersambung dengan set kepala dalam menu telefon atau
dengan mengetik butang jawab/tamat pada BT325s .
Saya mempunyai masalah berpasangan
Anda mungkin telah memadamkan sambungan berpasangan dalam telefon bimbit anda
– ikut panduan berpasangan di bahagian 3 .
Saya tidak dapat menggunakan Tolak panggilan, tunda panggilan, dail semula
atau dailan suara
Ciri-ciri ini bergantung pada sama ada telefon ada menyokong profil bebas tangan
Bluetooth, sila rujuk manual telefon anda untuk butiran lanjut .
Saya tidak dapat mendengar muzik di set kepala
Tambahkan kelantangan pada peranti muzik anda .
Pastikan bahawa fon kepala bersambung pada BT325s dengan betul
Pastikan bahawa BT325s bersambung dengan port 3 .5 mm pada peranti muzik
Pastikan bahawa BT325s telah dicas (ia tidak perlu dihidupkan tetapi mesti telah dicas)
Jika BT325s telah kehabisan bateri dan anda tidak dapat mengecas, anda boleh
menyambung fon kepala secara terus pada peranti muzik .
Saya tidak dapat mengawal kelantangan muzik melalui kawalan kelantangan yang
ada pada BT325s
Kawalan kelantangan dan butang jawab/tamat adalah dikhaskan untuk pengawalan
panggilan telefon .
Saya mahu muzik ditangguhkan apabila saya dalam panggilan
Muzik akan terus bermain apabila anda sedang dalam panggilan telefon . Jika anda mahu
muzik tersebut ditangguhkan, sila gunakan tangguh/henti yang ada pada peranti muzik anda .
Perlukan bantuan lanjut?
. Web: www.jabra.com (untuk maklumat sokongan dan Manual Pengguna dalam talian
terkini)
2 . Telefon bebas tol Isnin hingga Jumaat
Nombor Bebas Tol:
Australia:
-800-083-40
(0:00 – 9:00)
China:
800-858-0789
(08:00 – 9:00)
Hong Kong:
800-968-265
(08:00 – 7:00)
Indonesia:
00-803-852-7664
(08:00 – 7:00)
Jepun:
0034-800-400-594
(09:00 – 8:00)
Malaysia:
800-82-60
(08:00 – 7:00)
New Zealand: 0800-447-982
(2:00 – 2:00)
Singapura:
800-860-009
(08:00 – 7:00)
Taiwan:
0080-86-303
(08:00 – 9:00)
India:
000-800-852-85
(05:30 – 4:30)
Filipina:
800 765 8068
(08:00 – 7:00)
Apa yang anda lihat
Apa ertinya ini mengenai set kepala anda
Lampu biru berkelip
Berkelip setiap saat: aktif dalam panggilan
Lampu biru berkelip
Berkelip setiap tiga saat: dalam mod bersedia
Lampu merah berkelip
Kuasa bateri semakin rendah
Lampu merah terang
Mengecas
Lampu hijau terang
Dicas sepenuhnya
Lampu biru terang
Dalam mod berpasangan – lihat bahagian 3