66
Bahasa M
ala
ysia
67
Bahasa M
ala
ysia
5
4
6
Cara untuk…
Mendengar muzik
Sambungkan kord tetap 3 .5mm ke dalam peranti muzik sendiri anda . Jabra BT325s tidak
perlu dihidupkan untuk mendengar muzik .
Anda juga boleh membuka sambungan fon kepala dan masukkan secara langsung ke
dalam peranti muzik sebagai fon kepala biasa .
Menjawab panggilan
Ketik butang jawab/tamat pada Jabra BT325s anda untuk menjawab panggilan apabila
telefon berdering . Muzik akan semakin perlahan secara automatik apabila terdapat
panggilan masuk .
Menamatkan panggilan
Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan panggilan aktif . Muzik akan diteruskan
secara automatik selepas panggilan .
Menolak panggilan*
Tekan butang jawab/tamat apabila telefon berdering untuk menolak panggilan masuk .
Bergantung pada tetapan telefon anda, orang yang memanggil anda akan sama ada
dialihkan ke mel suara atau mendengar isyarat sibuk .
Membuat panggilan*
Apabila anda membuat panggilan dari telefon bimbit anda, muzik akan semakin
perlahan dan panggilan tersebut akan (tertakluk kepada tetapan telefon) dipindahkan
secara automatik ke Jabra BT325s apabila bersambung .
Aktifkan dailan suara*
Ketik butang jawab tamat dan sebutkan nama . Untuk hasil yang terbaik, sila rakam tag
dailan suara ketika anda sedang memakai Jabra BT325s . Sila rujuk manual pengguna
telefon anda untuk maklumat lanjut tentang penggunaan ciri ini .
Dailan semula nombor terakhir*
Tekan butang jawab tamat .
Panggilan menunggu dan menunda panggilan*
Ini membolehkan anda menunda panggilan ketika dalam perbualan untuk menjawab
panggilan masuk .
• Tekan butang jawab/tamat sekali untuk menunda panggilan aktif dan menjawab
panggilan masuk .
• Tekan butang jawab/tamat untuk bertukar antara kedua-dua panggilan
• Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan perbualan yang aktif
2 . Tetapkan telefon bimbit anda untuk ‘menemui’ Jabra BT325s
Ikuti panduan arahan telefon anda . Ini kebiasaannya akan melibatkan menu
‘persediaan’ ‘sambung’ atau ‘Bluetooth’ di telefon anda dan memilih opsyen untuk
mencari atau menambah peranti Bluetooth .
(lihat contoh daripada telefon bimbit
biasa dalam rajah 3)
3. Telefon anda akan menemui Jabra BT325s
Telefon anda akan bertanyakan sama ada anda ingin berpasangan dengannya,
terima dengan “ya” atau “ok” dan sahkan dengan kunci laluan atau PIN=0000
(4 sifar).
Telefon anda akan memberi pengesahan apabila proses berpasangan telah selesai . Jika
pemasangan tidak berjaya, ulang langkah hingga 3 .
Memakai Jabra BT325s anda
Jabra BT325s anda direka untuk dipakai dengan selesa menggunakan klip penutup
atau gelung lanyard bersepadu (lanyard tidak disertakan) . Mikrofon diintegrasikan pada
sisi atas kiri peranti
(apabila melihat BT325s seperti yang ditunjukkan dalam rajah
3. A).
Sila ambil kira perkara ini apabila menentukan kedudukan peranti utama untuk
memastikan bahawa suara anda ditangkap dengan jelas .
(Lihat rajah 3. B)
Mendengar muzik anda dari pemain muzik sendiri anda
Jabra BT325s menghasilkan potensi sepenuhnya apabila diguna bersama dengan
pemain muzik sendiri . Ini boleh jadi sebuah pemain MP3, pusat media mudah alih atau
sebarang peranti muzik luaran, yang mempunyai sambungan stereo 3 .5mm standard .
Untuk menggunakan Jabra BT325s dengan pemain muzik anda, sambung jek 3 .5 mm ke
dalam soket fon kepala pada pemain muzik anda . Anda kini boleh mendengar alunan
kegemaran anda di samping memastikan bahawa anda tidak akan terlepas sebarang
panggilan dari telefon bimbit Bluetooth anda .
Sila ambil perhatian bahawa semua kawalan pada BT325s adalah dikhaskan untuk
mengawal panggilan telefon bimbit anda . Mengawal muzik anda, seperti mula/henti,
langkau trek ke depan/ke belakang, kelantangan dan sebagainya, mesti dilakukan dari
peranti muzik anda .
Jabra BT325s adalah serasi dengan kebanyakan pemain muzik sendiri.