70
Bahasa M
ala
ysia
7
Bahasa M
ala
ysia
13
12
11
Menjaga set kepala anda
• Sentisa simpan Jabra BT325s dengan kuasanya dimatikan dan dilindungi dengan
selamat .
• Elakkan disimpan pada suhu yang melampau (melebihi 45°C/3°F – termasuk
sinaran langsung matahari – atau di bawah -0°C/4°F) . Ini boleh memendekkan
hayat bateri dan mungkin menjejas pengoperasiannya . Suhu tinggi mungkin boleh
juga menurunkan ?? prestasinya .
• Jika terdedah kepada air atau cecair lain, peranti patut dibersihkan dari sebarang
kesan air .
Waranti
Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini terhadap semua kecacatan material dan
pembuatan bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pembelian asal . Syarat-syarat waranti
ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:
• Waranti adalah terhad kepada pembeli asal .
• Satu salinan resit anda atau sebarang bukti pembelian yang lain adalah diperlukan .
Tanpa bukti pembelian,waranti anda didefinisikan sebagai bermula pada tarikh
pengeluaran yang dilabelkan pada produk berkenaan .
• Waranti ini adalah tidak sah sekiranya nombor siri, label kod tarikh atau label produk
dibuka, atau sekiranya produk terdedah kepada tindakan fizikal, pemasangan yang
tidak betul, pengubahsuaian, atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah .
• Tanggungjawab produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada pembaikan
atau penggantian produk berkenaan mengikut pertimbangannya sendiri .
• Sebarang waranti tersirat pada produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad
kepada satu tahun daripada tarikh pembelian semua bahagian, termasuk sebarang
kord atau penyambung .
• Terkecuali secara spesifik daripada sebarang waranti adalah komponen-komponen
boleh guna hayat terhad bergantung kepada kehausan dan kelusuhan biasa, seperti
mikrofon cermin depan, kusyen telinga, kemasan hiasan, bateri, dan aksesori-aksesori
lain .
• Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan sampingan
atau secara langsung yang timbul akibat penggunaan atau penyalahgunaan sebarang
produk Jabra (GN Netcom) .
• Waranti ini memberikan anda hak-hak spesifik dan mungkin mendapat hak-hak lain
yang berbeza-beza mengikut kawasan-kawasan .
• Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak boleh, dalam
sebarang keadaan, cuba untuk melakukan servis, pelarasan atau pembaikan ke atas
unit ini, sama ada semasa atau selepas tempoh waranti . Ia mesti dikembalikan ke
tempat pembelian, kilang atau agensi servis bertauliah bagi kerja-kerja berkenaan .
• Jabra (GN Netcom) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau
kerosakan yang berlaku semasa penghantaran . Sebarang kerja pembaikan pada
produkproduk Jabra (GN Netcom) oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah akan
membatalkan sebarang waranti .
Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan
China: Mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan Radio China .
Republik Korea: Disahkan di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan bagi Pensijilan
Peralatan Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal Penyelidikan Radio
(Kementerian Maklumat dan Komunikasi)
Taiwan: Diluluskan oleh Ketua Pengarah Telekomunikasi (Kementerian Pengangkutan
dan Komunikasi) .
Singapura: Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA)
untuk dijual dan digunakan dalam Singapura .
FCC
Peranti ini mematuhi bahagian 5 Undang-Undang FCC .Operasinya adalah tertakluk
kepada dua syarat berikut: () Peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan yang
membahayakan, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima,
termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini .
CE
Produk ini ditandakan CE mengikut peruntukan-peruntukan dalam Arahan R & TTE (99/5/EC) .
Bluetooth
Tanda perkataan Bluetooth® dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc . dan sebarang penggunaan
tandatanda berkenaan oleh GN Netcom adalah dengan mendapat lesen .Tanda niaga-
tanda niaga dan nama dagang lain adalah milik pemilik masing-masing .