(Rajah 8) Amaran! Lantunan boleh berlaku apabila
hujung bar panduan menyentuh objek.
Lantunan boleh menyebabkan gerak balas
songsang sepantas kilat yang menendang
bar panduan ke atas dan ke arah
pengendali. Boleh menyebabkan
kecederaan serius.
(Rajah 9) Produk ini mematuhi arahan EC yang
terpakai.
(Rajah 10) Pengeluaran hingar pada persekitaran
mematuhi Arahan EC yang terpakai.
Pengeluaran hingar produk dinyatakan
dalam
Data teknikal pada halaman 207
dan
pada label.
(Rajah 11) Brek rantai, dipasangkan (kanan). Brek
rantai, dilepaskan (kiri).
(Rajah 12) Pencekik.
(Rajah 13) Mentol singkir udara.
(Rajah 14) Bahan api.
(Rajah 15) Minyak rantai.
yyyywwxxx
x
Plat penarafan menunjukkan nombor siri.
yyyy ialah tahun pengeluaran, ww ialah
minggu pengeluaran.
Nota: Simbol/pelekat lain pada produk merujuk kepada
keperluan pensijilan untuk sesetengah pasaran.
Keselamatan
Takrifan keselamatan
Amaran, awasan dan nota digunakan untuk
menunjukkan bahagian yang amat penting dalam
manual.
AMARAN: Digunakan jika terdapat risiko
kecederaan atau kematian kepada
pengendali atau orang sekeliling jika arahan
dalam manual tidak dipatuhi.
AWAS: Digunakan jika terdapat kerosakan
kepada produk, bahan lain atau kawasan
berhampiran jika arahan dalam manual tidak
dipatuhi.
Nota: Digunakan untuk memberikan maklumat lanjut
yang perlu dalam situasi tertentu.
Arahan keselamatan umum
AMARAN: Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
• Gergaji rantai merupakan alat yang berbahaya jika
digunakan dengan cuai atau salah dan boleh
mengakibatkan kecederaan serius atau kematian.
Anda mesti membaca dan memahami isi kandungan
manual pengendali ini.
• Reka bentuk produk tidak boleh diubah suai sama
sekali tanpa keizinan pengilang. Jangan gunakan
produk yang kelihatan telah diubah suai oleh orang
lain dan hanya gunakan aksesori yang disyorkan
untuk produk ini. Pengubahsuaian dan/atau aksesori
yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan
kecederaan diri yang serius atau kematian
pengendali atau orang lain.
• Bahagian dalam peredam bunyi mengandungi
bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit
barah. Elakkan daripada terkena bahan-bahan ini
jika peredam bunyi rosak.
• Penyedutan jangka panjang asap ekzos enjin, wap
minyak rantai dan habuk gergaji boleh
membahayakan kesihatan.
• Produk ini menghasilkan medan elektromagnet
semasa pengendalian. Medan ini mungkin
mengganggu implan perubatan aktif atau pasif
dalam keadaan tertentu. Untuk mengurangkan risiko
kecederaan serius atau maut, kami mengesyorkan
mereka yang menggunakan implan perubatan untuk
mendapatkan nasihat doktor dan pengilang implan
itu sebelum mengendalikan produk ini.
• Maklumat dalam manual pengendali ini tidak sekali-
kali dapat menggantikan kemahiran dan
pengalaman profesional. Jika anda menghadapi
keadaan yang mendatangkan rasa tidak selamat,
berhenti dan dapatkan nasihat pakar. Hubungi
pengedar servis anda atau pengguna gergaji rantai
yang berpengalaman. Jangan cuba melakukan
sebarang tugas yang anda tidak pasti!
Arahan keselamatan untuk
pengendalian
AMARAN: Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
• Sebelum menggunakan produk, anda mesti
memahami kesan lantunan mesin dan cara
halaman 194
untuk arahan.
• Jangan gunakan produk yang rosak.
• Jangan gunakan produk dengan kerosakan ketara
pada penutup palam pencucuh dan kabel
188
930 - 003 - 06.03.2019
Summary of Contents for 120
Page 5: ...72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 C A B 94 95 96 97 ...
Page 7: ...128 129 130 B C D A E 131 ...
Page 51: ...H37 4 0 mm 5 32 pulg 505 24 37 01 0 65 mm 0 025 in 30 80 930 003 06 03 2019 51 ...
Page 71: ...H37 4 0 મીમી 5 32 ઇંચ 505 24 37 01 0 65 મીમી 0 025 ઇંચ 30 80 930 003 06 03 2019 71 ...
Page 93: ...H37 4 0 लममी 5 32 इंच 505 24 37 01 0 65 लममी 0 025 इंच 30 80 930 003 06 03 2019 93 ...
Page 185: ...H37 4 0 कममी 5 32 इंच 505 24 37 01 0 65 कममी 0 025 इंच 30 80 930 003 06 03 2019 185 ...
Page 327: ...930 003 06 03 2019 327 ...