Pembersihan berkala
1
Tanggalkan muncung parket daripada perkakas dan bersihkan pad menggunakan pembersih
vakum semasa pad masih terpasang pada muncung. Pilih tetapan kuasa sedutan paling rendah.
Pembersihan menyeluruh
1
Tarik pad daripada cakera (pad dilekatkan pada cakera menggunakan Velcro).
2
Bersihkan pad di dalam air suam dengan sedikit sabun atau di dalam mesin cuci.
Basuh pad bersaingan mengikut arahan pada label jagaan cucian.
Jangan sekali-kali gunakan klorida atau pelembut kain untuk membersihkan pad.
3
Biarkan pad kering dengan sempurna sebelum anda menggunakannya sekali lagi.
4
Pasangkan kembali bahagian pad bersih yang berwarna merah pada cakera.
Nota: Bahagian pad yang berwarna biru mudalah yang sepatutnya menyentuh lantai, bukan yang
berwarna merah.
Penyimpanan (Gamb. 33)
1
Matikan perkakas dan keluarkan plag sesalur kuasa daripada soket dinding.
2
Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung kord sesalur kuasa.
3
Anda boleh menyimpan perkakas dengan cara berikut:
- Tegakkan perkakas. Untuk memasang muncung pada perkakas, masukkan rabung pada muncung
ke dalam slot penyimpanan (Gamb. 34).
Nota: Untuk memastikan penempatan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub menjadi paling pendek.
- Simpan perkakas dan aksesorinya di dalam kotak atau bekas penyimpanan plastik. Untuk
mengetahui cara melakukannya, lihat gambar rajah penyimpanan pada permulaan manual
pengguna ini.
Penggantian
Mengganti penuras alur keluar hEPa udara Bersih
Pembersih vakum anda dilengkapi dengan penuras alur keluar HEPA Udara Bersih (kod servis 422
459 48841).
Ganti penuras alur keluar HEPA Udara Bersih setiap 12 bulan.
1
Matikan peralatan dan cabut plagnya.
2
Tarik gegenggam pada gril penuras (1) dan tanggalkannya daripada perkakas (2) (Gamb. 35).
3
Tanggalkan penuras alur keluar HEPA Udara Bersih (Gamb. 36).
4
Masukkan penuras alur keluar HEPA Udara Bersih yang baru ke dalam perkakas (Gamb. 37).
5
Pasangkan semula gril penuras kepada perkakas (‘klik’) (Gamb. 38).
aksesori
Jika anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan penuras atau aksesori lain bagi perkakas ini, sila
hubungi Pusat Layanan Pengguna Philips di negara anda atau rujuk kepada risalah jaminan sedunia.
- Penuras alur keluar HEPA Udara Bersih tersedia di bawah kod servis nombor jenis 422 459
48841.
- Silinder penuras boleh didapati dengan nombor jenis FC8028.
- Pad muncung Parket Hebat boleh didapati di bawah nombor jenis HR8041.
Bahasa MElayu
32
Содержание FC8278
Страница 1: ...FC8278 ...
Страница 2: ......
Страница 3: ...1 ...
Страница 4: ...33 ...
Страница 60: ......
Страница 61: ...2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 ...
Страница 62: ...22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 34 35 36 37 38 39 40 ...
Страница 63: ......
Страница 64: ...4222 003 3564 1 ...