
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau telinga dan jangan
letakkannya di dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum dan
pembersih vakum tersebut dihidupkan.
- Perkakas tidak dapat berfungsi jika bekas habuk tidak ditempatkan dengan betul.
awas
- Jangan sedut objek yang besar kerana ini akan menyebabkan laluan udara di dalam tiub atau hos
menjadi tersekat.
- Apabila anda menggunakan perkakas untuk memvakum abu, pasir halus, kapur, habuk simen dan
bahan yang serupa, liang silinder penuras menjadi tersumbat. Jika anda terasa pengurangan yang
ketara dalam kuasa sedutan, bersihkan silinder penuras.
- Jangan sekali-kali gunakan perkakas tanpa silinder penuras. Ini akan merosakkan motor dan
memendekkan hayat perkakas.
- Hanya gunakan silinder penuras Philips yang dibekalkan bersama perkakas.
- Silinder penuras tidak kalis air dan tidak boleh dibersihkan menggunakan air, agen pembersih atau
bahan mudah terbakar. Ikuti arahan dalam bab ‘Pembersihan’.
- Semasa pembersihan vakum, terutama sekali di dalam bilik dengan kelembapan udara yang
rendah, pembersih vakum anda akan menokok elektrik statik. Akibatnya, anda boleh mengalami
kejutan elektrik semasa anda menyentuh tiub atau bahagian keluli lain pada pembersih vakum
anda. Kejutan ini tidak berbahaya kepada anda dan tidak akan merosakkan perkakas. Untuk
mengurangkan ketakselesaan ini, kami menasihati anda:
1 agar menyahcas perkakas dengan kerap kali mendekatkan tiub kepada objek logam lain di dalam
bilik (contohnya kaki meja atau kerusi, radiator, dsb) (Gamb. 2).
2 untuk meningkatkan paras kelembapan udara di dalam bilik dengan meletakkan air di dalam bilik.
Sebagai contoh, anda boleh menggantung bekas berisi air pada radiator anda atau meletakkan
mangkuk berisi air pada atau berdekatan radiator anda (Gamb. 3).
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
sebelum penggunaan pertama
Tanggalkan pelekat daripada bekas penyimpanan plastik.
Memasukkan bateri alat kawalan jauh.
Bateri untuk alat kawalan jauh dibekalkan bersama-sama perkakas. Masukkan bateri ke dalam petak
bateri di dalam gegenggam tangan sebelum anda menggunakan perkakas. Bateri akan tahan selama
sekurang-kurangnya 2 tahun.
1
Gunakan pemutar skru untuk mengeluarkan skru penutup petak bateri (1) dan keluarkan
penutup petak bateri (2) (Gamb. 4).
2
Masukkan dua bateri alkali AAA 1.5-volt ke dalam petak bateri dalam pemegang (Gamb. 5).
Nota: Pastikan kutub - dan + menghala dalam arah yang betul.
Bahasa MElayu
28
Содержание FC8278
Страница 1: ...FC8278 ...
Страница 2: ......
Страница 3: ...1 ...
Страница 4: ...33 ...
Страница 60: ......
Страница 61: ...2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 ...
Страница 62: ...22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 34 35 36 37 38 39 40 ...
Страница 63: ......
Страница 64: ...4222 003 3564 1 ...