Ms-2
Semasa memasang, memindahkan, atau menservis unit ini, pastikan tiada bahan lain selain daripada bahan
penyejuk yang dinyatakan (R32) memasuki litar bahan penyejuk.
• Kehadiran sebarang bahan asing seperti udara boleh menyebabkan peningkatan tekanan luar biasa dan boleh mengakibatkan
letupan atau kecederaan.
• Penggunaan apa-apa refrigerant selain daripada yang ditetapkan bagi sistem ini akan menyebabkan kegagalan
mekanikal, sistem pincang tugas, atau kerosakan unit . Dalam kes yang paling buruk, ia boleh menghalang jaminan
keselamatan produk ini.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi
fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diberi pengawasan atau
arahan berkenaan penggunaan alat ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Jangan masukkan jari, kayu atau objek lain ke dalam salur masuk dan keluar udara.
Ia boleh menyebabkan kecederaan, oleh sebab kipas di dalamnya berputar pada kelajuan tinggi semasa operasi.
Sekiranya berlaku keadaan yang tidak normal (seperti keluar bau terbakar), berhentikan penyaman udara dan
cabut palam kuasa atau MATIKAN pemutus.
• Operasi yang berterusan dalam keadaan yang tidak normal boleh menyebabkan pincang tugas, kebakaran, atau
kejutan elektrik. Dalam kes ini, sila berunding dengan wakil penjual anda.
Apabila penyaman udara tidak sejuk atau memanaskan udara, ada kemungkinan bahawa bahan penyejuk
bocor. Jika sebarang kebocoran bau ditemui, hentikan operasi dan alirkan udara bilik tersebut dengan baik
dan rujuk kepada penjual anda dengan serta-merta. Jika pembaikan yang melibatkan unit dengan isian semula
bahan penyejuk, minta butiran lanjut daripada juruteknik servis.
• Bahan penyejuk yang digunakan di dalam penyaman udara ini adalah selamat. Biasanya, ia tidak akan bocor. Namun,
jika bahan penyejuk bocor dan bersentuhan dengan sumber haba seperti pemanas kipas, pemanas minyak tanah,
atau dapur masak, ia akan menghasilkan gas yang berbahaya dan risiko kebakaran.
Pengguna tidak boleh sesekali cuba mencuci bahagian dalam unit dalaman. Sekiranya bahagian dalam unit
iniperlu dibersihkan, sila hubungi wakil penjual anda.
• Bahan pencuci yang tidak sesuai boleh menyebabkan kerosakan kepada bahan plastik di dalam unit ini, yang
boleh menyebabkan kebocoran air. Sekiranya bahan pencuci terkena pada komponen elektrik atau motor, ia boleh
menyebabkan pincang tugas, terhasilnya asap atau kebakaran.
• Peralatan ini hendaklah disimpan di dalam bilik tanpa sumber nyalaan berterusan (contohnya: nyalaan terbuka,
operasi peralatan gas atau pemanas elektrik).
• Sila berhati-hati bahawa bahan penyejuk tidak berbau.
• Jangan gunakan cara untuk mempercepatkan proses nyahfros atau untuk membersihkan peralatan, selain daripada
yang disyorkan oleh pengeluar.
• Jangan tembuskan atau bakar.
Unit dalaman mesti dipasang di da-lam bilik yang melebihi ruang lantai yang ditentukan, sila berunding dengan
wakil penjual anda.
AMARAN
AWAS
Jangan sentuh saluran masuk udara atau fin aluminium unit dalaman/luaran.
• Ini boleh menyebabkan kecederaan.
Jangan gunakan racun serangga atau semburan bawa atas unit.
• Ini mungkin menyebabkan kebakaran atau kecacatan unit.
Jangan dedahkan binatang peliharaan atau tanaman di rumah kepada aliran udara terus.
• Ini mungkin menyebabkan kecederaan kepada binatang peliharaan atau tanaman.
Jangan letakkan peralatan elektrik atau perabot di bawah unit dalaman/luaran yang lain.
• Air boleh menitis dari unit ini, yang boleh menyebabkan kerosakan atau pincang tugas.
Jangan biarkan unit pada pendirian pemasangan rosak.
• Unit ini boleh jatuh lalu menyebabkan kecederaan.
Jangan berpijak di atas meja yang tidak stabil untuk mengendalikan atau membersihkan unit ini.
• Ia boleh menyebabkan kecederaan jika anda terjatuh.
Jangan tarik kord kuasa.
• Ia boleh menyebabkan sebahagian daripada dawai terasnya putus, yang boleh menyebabkan pemanasan berlebihan atau kebakaran.
Jangan cas atau tanggalkan bateri dan jangan campakkannya ke dalam api.
• Ini boleh menyebabkan bateri bocor, atau menyebabkan kebakaran atau letupan.
Jangan kendalikan unit ini lebih daripada 4 jam pada kelembapan yang tinggi (80% RH atau lebih) dan/atau
dengan tingkap atau pintu luar dibiarkan terbuka.
• Ini boleh menyebabkan berlakunya pemeluwapan di dalam penyaman udara, yang boleh menitis ke bawah, lalu membasahkan
atau merosakkan perabot.
• Pemeluwapan di dalam penyaman udara ini boleh menyumbang kepada pertumbuhan fungus, seperti kulapuk.
Jangan gunakan unit ini untuk tujuan tertentu, seperti menyimpan makanan, membela haiwan, menanam
tumbuhan, atau memelihara peranti persis atau objek seni.
• Ini boleh menyebabkan kualitinya merosot, atau bahaya kepada haiwan dan tumbuhan.
Jangan dedahkan perkakas pembakaran kepada aliran udara terus.
• Ini boleh menyebabkan pembakaran yang tidak lengkap.
Jangan sesekali memasukkan bateri ke dalam mulut anda atas apa jua sebab bagi mengelakkan tertelan secara tidak sengaja.
• Tertelan bateri boleh menyebabkan tercekik dan/atau keracunan.
Sebelum membersihkan, MATIKAN unit ini dan cabut palam kuasanya atau MATIKAN pemutusnya.
• Ia boleh menyebabkan kecederaan, oleh sebab kipas di dalamnya berputar pada kelajuan tinggi semasa operasi.
Apabila unit ini tidak akan digunakan untuk tempoh yang lama, cabut palam kuasa atau MATIKAN pemutusnya.
• Unit ini mungkin mengumpulkan kotoran, yang boleh menyebabkan pemanasan atau kebakaran.
Gantikan semua bateri alat kawalan jauh dengan yang baharu daripada jenis yang sama.
• Menggunakan bateri lama bersama dengan yang baharu boleh menyebabkan pemanasan berlebihan, kebocoran, atau letupan.
Jika cecair bateri terkena pada kulit atau pakaian anda, cuci dengan teliti menggunakan air yang bersih.
• Jika cecair bateri terkena mata anda, cuci dengan teliti menggunakan air yang bersih dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Pastikan kawasan itu mempunyai sistem pengudaraan yang baik apabila unit ini dikendalikan bersama dengan perkakas pembakaran.
• Pengudaraan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kekurangan oksigen.
L
ANGKAH BERJAGA KESELAMATAN