
Ms-1
L
ANGKAH BERJAGA KESELAMATAN
K
ANDUNGAN
n
LANGKAH BERJAGA KESELAMATAN
1
n
NAMA SETIAP BAHAGIAN
4
n
PERSEDIAAN SEBELUM PENGENDALIAN
6
n
MEMILIH MOD OPERASI
7
n
KELAJUAN KIPAS DAN PELARASAN ARAH ALIRAN UDARA
8
n
OPERASI ECONO COOL
9
n
OPERASI POWERFUL COOL
10
n
OPERASI PEMASA (PEMASA ON/OFF)
10
n
MENCUCI
11
n
APABILA ANDA FIKIR MASALAH BERLAKU
14
n
APABILA PENYAMAN UDARA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TEMPOH YANG LAMA 16
n
TEMPAT PEMASANGAN DAN KERJA ELEKTRIK
16
n
SPESIFIKASI
17
AMARAN
(Risiko kebakaran)
Unit ini menggunakan bahan penyejuk mudah terbakar.
Jika bahan penyejuk bocor dan terkena dengan api atau bahagian pemanas, ia akan
mewujudkan gas berbahaya dan ada risiko kebakaran.
Baca ARAHAN PENGENDALIAN dengan berhati-hati sebelum operasi.
Kakitangan servis dikehendaki membaca dengan teliti ARAHAN PENGENDALIAN dan MANUAL PEMASANGAN sebelum operasi.
Maklumat lanjut boleh didapati dalam ARAHAN PENGENDALIAN, MANUAL PEMASANGAN, dan seumpamanya.
Makna symbol yang dipaparkan pada unit dalaman dan/atau luaran unit
• Oleh sebab komponen berputar dan komponen yang boleh menyebabkan kejutan elektrik digunakan dalam produk ini,
pastikan anda membaca “Langkah Berjaga Keselamatan” ini sebelum menggunakannya.
• Oleh sebab item awasan yang ditunjukkan di sini penting demi keselamatan anda, pastikan anda mematuhinya.
• Selepas membaca manual ini, simpan ia bersama dengan manual pemasangan di tempat yang mudah untuk anda
mencapainya apabila ingin membuat rujukan.
Tanda dan maksudnya
AMARAN :
Pengendalian yang tidak betul boleh menyebabkan bahaya yang serius, seperti kematian, kecederaan serius, dll.
dengan kebarangkalian yang tinggi.
AWAS :
Pengendalian yang tidak betul boleh menyebabkan bahaya yang serius bergantung pada keadaannya.
Maksud simbol yang digunakan dalam manual ini
: Pastikan anda tidak melakukannya.
: Pastikan anda mengikuti arahan.
: Jangan sesekali memasukkan jari atau kayu, dll.
: Jangan sesekali memijak unit dalaman/luaran dan
jangan letak apa-apa di atasnya.
: Bahaya kejutan elektrik. Berhati-hati.
: Pastikan anda menanggalkan palam bekalan kuasa
dari soket dinding.
: Pastikan anda mematikan bekalan kuasa.
: Risiko kebakaran.
Jangan menyambungkan kord kuasa ke soket perantaraan, menggunakan kord sambungan, atau menyambungkan
lebih daripada satu peranti kepada satu outlet AC.
• Ia boleh menyebabkan pemanasan berlebihan, kebakaran atau kejutan elektrik.
Pastikan palam kuasa bebas daripada kotoran dan cucukkannya dengan rapi ke dalam soket.
• Palam yang kotor boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik..
Jangan ikat, tarik, rosakkan, atau ubah suai kord kuasa, dan jangan panaskan atau letakkan objek yang berat di atas nya.
• Ia boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
Jangan MATIKAN/HIDUPKAN pemutus atau memutuskan/menyambungkan palam kuasa semasa unit ini beroperasi.
• Ini boleh menghasilkan percikan api, yang boleh menyebabkan kebakaran.
• Selepas unit dalaman DIMATIKAN menggunakan alat kawalan jauh, pastikan anda MEMATIKAN pemutus atau mencabut palam kuasa.
Jangan dedahkan badan anda secara terus kepada udara yang sejuk untuk tempoh yang lama.
• Ia boleh menjejaskan kesihatan anda.
Unit ini tidak boleh dipasang, dipindahkan, ditanggalkan, dipinda, atau dibaiki oleh pengguna.
• Penghawa dingin yang dikendalikan dengan tidak betul boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan
atau kebocoran air, dan sebagainya. Rujuk kepada penjual anda.
• Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang atau ejen servis bagi mengelakkan bahaya.
AMARAN
● ARAHAN PENGENDALIAN ●