5
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien
Sila baca garis panduan yang mudah ini.
Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga
frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang
radio dan Kadar Penyerapan Khusus
(SAR). Telefon mudah alih model LG-P936
telah direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang dikenakan
bagi pendedahan pada gelombang radio.
Keperluan ini adalah berasaskan kepada
garis panduan saintifik yang merangkumi
margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua
orang, tanpa mengira umur dan tahap
kesihatan.
•
Garis panduan bagi pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit
ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan dengan
telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua
jalur frekuensi.
•
Walaupun terdapat perbezaan antara
tahap SAR pelbagai model telefon
LG, semuanya direka bentuk untuk
memenuhi garis panduan yang
berkaitan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
•
Had SAR yang disyorkan oleh
Suruhanjaya mengenai Perlindungan
Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa
(International Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP)
ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g
tisu.
•
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon
model ini yang diuji oleh DASY4 untuk
penggunaan telinga ialah 0.567 W/kg
(10g) dan apabila dipakai pada badan
ialah 0.872 W/kg (10g).
•
Peranti ini memenuhi garis panduan
pendedahan RF apabila digunakan
sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau
apabila diletakkan pada sekurang-
kurangnya 1.5 cm menjauhi badan.
Apabila bekas pembawa, klip tali
pinggang atau pemegang digunakan
untuk pengendalian pemakaian pada
badan, ia tidak sepatutnya mengandungi