22
Bermula
NOTA
Telefon anda mempunyai antena
dalaman. Berhati-hati agar anda
tidak mencalar atau merosakkan
bahagian belakang ini, kerana ia akan
menyebabkan kehilangan prestasi.
Jika telefon dimatikan semasa
bateri dinyahcas sepenuhnya, bateri
dipanggil bateri yang lemah. Dalam
kes ini, apabila telefon bersambung
kepada kabel pengecas (TA atau USB),
LED pad kekunci di bahagian bawah
telefon akan berkelip. Ini adalah
operasi normal bagi bateri yang lemah
untuk mengelakkan pengaliran arus
berlebihan kerana telefon ini direka
bentuk untuk menyediakan algoritma
perlindungan sewajarnya daripada
kerosakan bateri. Dan selepas
beberapa minit, LCD akan dihidupkan
seperti biasa.
Memasukkan kad microSD
Masukkan kad microSD™ untuk
menggunakan kamera dan ciri multimedia
lain. Kandungan multimedia boleh disimpan
dalam kad microSD. LG-P936 mempunyai
kad microSD yang diprapasang.
NOTA
Peranti ini menyokong sehingga 32GB
kad microSD.
1
Matikan telefon sebelum memasukkan
atau mengeluarkan kad microSD.
Keluarkan penutup belakang.
2
Kemudian, masukkan kad microSD ke
dalam slot. Pastikan kawasan sesentuh
emas menghadap ke bawah.