4
Pencegahan keselamatan
Sentiasa mengikuti arahan berikut
Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kecederaan kepada pengguna atau kerosakan harta
benda, sila patuhi semua penerangan yang dinyatakan di bawah.
Simbol ini
menunjukkan
perbuatan yang
WAJIB DILAKUKAN.
Simbol ini
menunjukkan
perbuatan yang
DILARANG.
AMARAN
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh
kecuaian dalam mengendalikan produk, yang
mana, jika tidak dielakkan, boleh mengakibatkan
kematian atau kecederaan parah kepada
pengguna.
Apabila produk ini tidak lagi digunakan,
ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,
tanggalkan ia untuk mengelakkan
daripada terjatuh.
Jangan hidupkan atau matikan suis jika
berlaku kebocoran gas.
Kebakaran atau letupan mungkin berlaku
disebabkan oleh percikan elektrik.
Jangan gunakan bekalan kuasa selain
dari voltan yang telah ditetapkan.
Pemanasan yang terlampau boleh
menyebabkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
Jangan buka sebarang bahagian-
bahagian Kipas Ventilasi melainkan
dinyatakan di dalam panduan ini.
Hendaklah menggunakan bahagian-
bahagian yang dibekalkan sahaja.
Boleh menyebabkan kebakaran, kejutan
elektrik, kecederaan atau Kipas Ventilasi
terjatuh.
Jangan sentuh Kipas Ventilasi ketika ia
sedang beroperasi.
Boleh menyebabkan kecederaan,
kerosakan atau Kipas Ventilasi terjatuh.
Jangan percikkan air ke Kipas Ventilasi
atau, jangan basahkan Kipas Ventilasi.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau
kejutan elektrik akibat litar pintas.
AWAS
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh salah
pengendalian produk yang jika tidak dielakkan,
boleh mengakibatkan kecederaan kepada
pengguna atau kerosakan harta benda.
Untuk mengelakkan kemungkinan
berlaku kecederaan kepada pengguna
atau kerosakan harta benda, sila patuhi
semua arahan yang dinyatakan dalam
panduan ini. Pengilang tidak akan
bertanggungjawab sekiranya berlaku
sebarang kemalangan atau kecederaan
yang disebabkan oleh kesilapan
pemasangan atau pemasangan yang
tidak mengikut buku panduan.
Pastikan anda menyediakan pembukaan
yang sesuai untuk salur masuk udara.
Sila rujuk kepada semua arahan yang
diberikan dalam panduan ini untuk
pemasangan.
Kerja elektrikal dan kerja pemasangan
mesti dilakukan oleh orang yang
bertauliah.
Kesilapan pemasangan boleh
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik,
Kipas Ventilasi terjatuh atau kecederaan.
Peralatan ini tidak direka untuk
digunakan oleh individu (termasuk
kanak-kanak) yang mempunyai
kecacatan anggota, deria atau kebolehan
mental, atau kurang pengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka telah
diberikan pemerhatian atau panduan
mengenai penggunaan peralatan ini
oleh individu yang bertanggungjawab
mengenai keselamatan mereka. Kanak-
kanak mestilah diberi pemerhatian
untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan peralatan ini.
Kaedah untuk memutuskan bekalan
mesti dipasangkan pada pendawaian
tetap mengikut peraturan pendawaian.
Putuskan bekalan kuasa dan tunggu
sehingga Bilah Kipas berhenti
sepenuhnya, sebelum membersihkan
atau membuat kerja penyelenggaraan.
Boleh menyebabkan kecederaan atau
kejutan elektrik jika Kipas Ventilasi bergerak
secara tiba-tiba.
Sila rujuk pada wakil penjual anda untuk
membaiki atau penyelenggaraan.
Produk ini mestilah diletakkan dengan
betul dan kukuh.