48
7. Pasangkan kepala alat stim antara cangkuk penyangkut
Mengisikan tangki air
Pastikan alat stim dicabut daripada sumber elektrik. Tanggalkan tangki air daripada ba-
hagian bawah perkakas dengan menarik pemegang ke atas (gambarajah 7). Buka penu-
tup tangki dan isikan dengan air. (gambarajah 8). Kapasiti maksimum dinyatakan dengan
tanda "max".
• Alat stim mesti diisikan dengan AIR PAIP. Jika air di kawasan anda merupakan air keras
(mengandungi mineral yang banyak), kami menggalakkan supaya campuran separuh air
paip dan separuh air suling digunakan untuk mengurangkan kekerasan air. Anda juga
boleh menggunakan air mineral.
• Selepas menutupkan penutup, turunkan tangki dan pegang pemegang tangki. Pastikan
tiada air yang menitis keluar melalui penutup.
• Letakkan tangki pada bahagian bawah tiang (gambarajah 9).
PENGANGKUTAN
• Hanya jalankan alat stim di atas lantai yang bebas daripada benda-benda yang mung-
kin boleh menghalang bahagian bawah perkakas (permukaan mesti mendatar). Jangan
letak halangan pada bukaan-bukaan di bahagian bawah perkakas. Perkakas ini tidak
boleh digunakan atas permaidani yang tebal.
• Buka jalur Velcro dan hulurkan kabel elektrik. (gambarajah 10)
• Plagkan ke dalam soket elektrik. (gambarajah 11)
• Buka perkakas dengan menekan rakap di hadapan perkakas. Lampu penunjuk akan ber-
nyala. (gambarajah 12)
• Perkakas akan mula mengeluarkan stim selepas kira-kira 60 saat.
• Gantung pakaian daripada penyangkut perkakas atau penyangkut lain yang dapat di-
gantung daripada cangkuk pada batang penyangkut. Untuk stimkan seluar, kami men-
cadangkan bahawa sokongan dengan klip seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah
juga boleh digunakan. (gambarajah 14)
• Genggam kepala pengewap dengan liang wap menunjuk jauh dari anda.
• Mulakan proses stim dengan memberuskan kain secara perlahan-lahan dan gerakkan
berus ke atas dan ke bawah secara menegak. Berus kain membuka tenunan fabrik untuk
penembusan wap yang lebih baik.
• Mula daripada bahagian atas pakaian dan secara perlahan-lahan gerakkan perkakas ke
bawah (gambarajah 13). Selalu gunakan alat stim dalam kedudukan menegak.
• Untuk kesenangan anda, kami mencadangkan untuk menarik pakaian ke arah bawah
dengan tangan anda semasa penstiman. Pastikan anda tidak menyentuh stim panas.
• Semasa beroperasi, hos mungkin mengeluarkan bunyi deguk-deguk. Hal ini adalah nor-
mal dan adalah disebabkan oleh pemeluwapan air. Jika perkakas mula berdeguk, re-
hatkan kepala alat stim pada sokongan untuk beberapa ketika untuk menyalurkan
pemeluwapan ke dalam perkakas semula.
PENTING: Jangan menggunakan air yang mengandungi bahan aditif (kanji, air wangi,
bahan-bahan aromatik, pelembut, dll.) di dalam alat stim. Bahan-bahan aditif seperti
ini boleh memberi kesan kepada sifat-sifat stim dan membawa kepada pembentu-
kan deposit kerak.
Amaran: Jangan stimkan pakaian semasa dipakai.
Paip fleksibel dan hujung kepala alat stim boleh menjadi sangat panas semasa di-
gunakan. Keadaan ini adalah normal. Berhati-hati dan cuba elakkan daripada tersentuh
untuk jangka masa lama.
1800132060 IS6200 M2-D2_110X154 31/01/14 12:18 Page48
Summary of Contents for IS6200
Page 1: ...1800132060 03 14 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page1 ...
Page 6: ...1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page6 ...
Page 41: ...35 FR EN PT EL AR IR TH ZH ML 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page35 ...
Page 42: ...36 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page36 ...
Page 43: ...37 FR EN PT EL AR IR TH ZH ML 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page37 ...
Page 44: ...38 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page38 ...
Page 45: ...39 FR EN PT EL AR IR TH ZH ML 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page39 ...
Page 58: ...52 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page52 ...
Page 59: ...53 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page53 ...
Page 60: ...54 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page54 ...
Page 61: ...55 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page55 ...
Page 62: ...56 1800132060 IS6200 M2 D2_110X154 31 01 14 12 18 Page56 ...