MS-2
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Sentiasa ikuti langkah keselamatan asas
semasa menggunakan perkakas elektrik,
termasuk yang berikut:
AMARAN
– Sentiasa perhatikan perkara
yang berikut untuk mengurangkan risiko
kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan:
• Baca semua arahan sebelum
menggunakan produk ini.
• Hanya gunakan salur keluar 220 - 240 volt.
•
Perkakas ini tidak direka untuk
digunakan oleh mereka (termasuk
kanak-kanak) yang cacat tubuh badan,
cacat deria atau mental, mahupun
mereka yang kurang berpengalaman
dan pengetahuan, kecuali jika mereka
diberikan penyeliaan atau arahan yang
betul tentang penggunaan perkakas
ini oleh orang yang bertanggungjawab
atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
•
Jika kord kuasa rosak, ia mesti
digantikan oleh pengilang, wakil
servis, Pusat Servis Sharp yang sah
atau individu yang berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya. Sila hubungi Pusat
Servis yang berdekatan bagi sebarang
masalah, pelarasan atau pembaikan.
•
Jangan baiki atau menanggalkan
produk dengan sendiri.
•
Pastikan anda menanggalkan palam
kuasa apabila mengisi semula Tangki Air
sebelum menjalankan penyelenggaraan,
apabila menanggalkan, memasang dan
menggantikan penapis serta apabila
tidak menggunakannya untuk masa
yang lama. Kegagalan melakukan
sedemikian akan menyebabkan litar
pintas berlaku yang mengakibatkan
kejutan elektrik atau kebakaran.
• Jangan gunakan produk ini jika kord kuasa
atau palamnya rosak atau jika sambungan
ke salur keluar dinding longgar.
• Dari semasa ke semasa buang habuk
yang melekat pada palam.
• Jangan masukkan jari atau objek asing ke
dalam salur masuk atau salur keluar udara.
• Sentiasa pegang palam dan jangan
sesekali tarik kordnya apabila hendak
menanggalkan palam kuasa.
Kegagalan melakukan sedemikian akan
menyebabkan litar pintas berlaku yang
mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.
• Berhati-hati agar kord kuasa tidak rosak.
Apabila mengeluarkan produk ini, jangan
biarkan rodanya merosakkan kord kuasa.
Jika tidak, boleh menyebabkan kejutan
elektrik, terlebih panas atau kebakaran.
• Jangan tanggalkan palam dengan tangan
yang basah.
• Jangan gunakan produk ini berhampiran
perkakas yang menggunakan gas
atau tempat berdiang. Apabila produk
beroperasi dengan peralatan gas di
dalam bilik yang sama, Alihkan udara
bilik secara tetap, jika tidak bilik mungkin
dicemari dengan Karbon monoksida.
• Jangan kendalikan produk ini di dalam
bilik yang menggunakan penyembur
pembunuh serangga. Jangan kendalikan
produk ini di dalam bilik yang udaranya
berminyak, berbau asap, terdapat
nyalaan api daripada rokok yang
dinyalakan, atau wasap kimia di udara.
• Pastikan produk jauh dari air.
Jangan kendalikan produk di tempat yang
basah seperti bilik mandi.
• Jangan dedahkan produk kepada air.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
litar pintas atau kejutan elektrik.
• Sila berhati-hati semasa membersihkan
produk ini.
Bahan pencuci yang kuat mengakis boleh
merosakkan bahagian luar unit.
• Apabila mengangkat produk ini, keluarkan
dahulu Tangki Air dan Dulang Pelembapnya,
kemudian pegang produk pada
pemegangnya di sebelah kiri dan kanan.
• Jangan minum air di dalam Dulang
Pelembap atau Tangki Air.
• Ganti air di dalam Tangki Air setiap hari
dengan air bersih dari paip, dan selalulah
bersihkan Tangki Air dan Dulang Pelembap.
Apabila produk tidak digunakan, buang air
di dalam Tangki Air dan Dulang Pelembap.
Membiarkan air di dalam Tangki Air atau
Dulang Pelembap boleh mengakibatkan
kulapuk, bakteria dan bau busuk. Dalam kes-
kes yang jarang berlaku, bakteria sedemikian
boleh membahayakan kesihatan.
NOTA
– Apa harus dilakukan jika produk
mengganggu penerimaan radio atau TV
Jika pembersih udara mengganggu
penerimaan radio atau televisyen, cuba
salah satu daripada langkah-langkah berikut:
• Laraskan atau ubah kedudukan antena
penerima.
• Jauhkan produk dari radio atau TV.
• Sambungkan peralatan ke dalam salur keluar
pada litar yang berbeza yang bersambung
dengan penerima radio atau TV.
• Rujuk wakil penjual atau juruteknik radio
atau TV yang berkelayakan.
Summary of Contents for KI-L80
Page 82: ...MEMO ...
Page 83: ...MEMO ...
Page 84: ...SHARP CORPORATION OSAKA JAPAN TINS B351KKRZ 20K 1 Production control code ...