28
BAHASA MELAYU
Nota: Gunakan skru serbat untuk buah-buahan beku sahaja (tanpa kulit, biji
dan kulit putih). Jangan gunakan kiub ais. Untuk memaniskan serbat, jangan
tuangkan gula, madu atau sirap ke dalam tiub suapan tetapi titiskan pada serbat
yang telah diproses sebelum menghidangkannya.
Menyediakan bahan:
1
Potong buah-buahan segar menjadi kepingan 3x3 cm.
2
Susun buah-buahan di dalam bekas yang selamat untuk digunakan dalam
pembeku atau di dalam beg plastik tetapi jangan mengokot beg itu agar buah-
buahan tidak bergumpal.
Petua: anda boleh meletakkan kertas pembakar di antara kepingan buah-
buahan, kemudian mengokot kertas itu.
3
Bekukan bahan selama sekurang-kurangnya 12 jam.
Menyediakan serbat
1
Biar buah-buahan dinyahfros 5-10 minit sebelum memprosesnya.
2
Hidupkan perkakas dan proseskan bahan seperti yang diterangkan dalam
“Menggunakan perkakas”. Serbat akan terkumpul dalam bekas pulpa.
Nota: Hanya proseskan jumlah yang sedikit dalam satu masa.
Penting: Anda boleh memproseskan 500 gram serbat sebelum bekas pulpa
menjadi penuh.
Pembersihan (Gamb. 17)
-
Perkakas lebih mudah dibersihkan sekiranya anda membersihkannya dengan
segera selepas digunakan. Lihat jadual pembersihan untuk melihat cara
membersihkan kesemua bahagian.
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau
cecair yang agresif seperti alkohol, petrol atau aseton untuk membersihkan
perkakas.
Nota: Semua bahagian boleh tanggal adalah tahan mesin pencuci pinggan dan
boleh dibersihkan dengan selamat di bawah paip.
1
Matikan perkakas dan cabut plag daripada soket dinding.
2
Buka pengapit pengunci (Gamb. 18).
3
Luncurkan keluar unit pemerah jus dari unit motor (Gamb. 19).
4
Keluarkan bekas pulpa dari unit motor (Gamb. 20).
5
Kosongkan bekas pulpa dan bilas ia di bawah paip.
Menanggalkan pemasangan dan membersihkan unit pemerah jus
1
Keluarkan penolak dari tiub suapan (Gamb. 21).
2
Keluarkan dulang beri dari tiub suapan (Gamb. 22).
3
Putarkan muncung melawan arah jam sehingga anak panah (
Á
) menghala
kepada penunjuk ‘buka’ dan tanggalkannya dari unit pemerah jus. (Gamb. 23)
4
Keluarkan penapis dua bahagian dan tanggalkan pemasangannya (Gamb. 24).
5
Keluarkan skru pemerahan jus atau skru serbat (Raj. 25).
6
Putarkan salur keluar pulpa melawan arah jam sehingga anak panah (
Á
)
menghala kepada penunjuk ‘buka’ dan tanggalkannya dari unit pemerah
jus. (Gamb. 26)