26
PERHATIAN KHAS
Operasi
“
DRY
”
Cara bekerja
• Sebaik sahaja suhu bilik mencapai paras yang ditetapkan, unit mengulangi kitaran dihidupkan
dan dimatikan secara automatik.
• Bagi menghalang kelembapan bilik meningkat semula, kipas dalaman turut dimatikan apabila
unit berhenti beroperasi.
• Kelajuan kipas ditetapkan pada ‘‘LO.’’ secara automatik, dan tidak boleh dilaraskan.
• Operasi ‘‘DRY’’ adalah tidak mungkin jika suhu luaran 15 °C atau kurang.
Operasi
Pemanasan
Prestasi pemanasan
• Oleh kerana peralatan ini memanaskan bilik menggunakan haba daripada udara luar (sistem
pam haba), kecekapan pemanasan akan turun apabila udara luar sangat rendah. Jika haba
yang mencukupi tidak diperoleh dengan pam haba ini, gunakan peralatan pemanasan lain
bersama dengan unit ini.
Penyahbekuan
• Apabila suhu luaran rendah, fros atau ais mungkin terbentuk pada gelung penukar haba luaran,
dan mengurangkan prestasi pemanasan. Apabila ini berlaku, sistema penyahbekuan kawalan
komputer mikro akan beroperasi. Pada masa yang sama, kipas pada unit dalaman berhenti
(atau berpusing pada kelajuan yang sangat rendah) dan penunjuk “STANDBY” muncul pada
paparan sehingga penyahbekuan selesai. Operasi pemanasan kemudiannya berjalan semula
selepas beberapa minit. (Waktu selang ini akan berbeza sedikit bergantung kepada suhu luaran
dan cara bagaimana fros terbentuk.)
(siap sedia) pada
paparan
• Untuk beberapa minit selepas permulaan operasi pemanasan, kipas dalaman tidak akan
berpusing (atau berpusing pada kelajuan yang sangat rendah) sehingga gelung penukar haba
dalaman telah cukup panas. Ini kerana sistem mencegah angin sejuk sedang beroperasi.
Semasa tempoh ini, penunjuk ‘‘
’’ (siap sedia) kekal dipaparkan.
• ‘‘
’’ (siap sedia) kekal terpapar semasa penyahbekuan atau semasa pemampat dimatikan
(atau semasa unit beroperasi pada kelajuan yang sangat rendah) oleh termostat apabila sistem
dalam mod pemanasan.
• Apabila penyahbekuan selesai dan pemampat dihidupkan semula, ‘‘
’’ (siap sedia) akan mati
secara automatik apabila operasi pemanasan disambung.
NOTA
Sekiranya bekalan kuasa gagal semasa unit beroperasi
Jika bekalan kuasa untuk unit ini diputuskan sementara, unit akan meneruskan semula operasi
secara automatik (selepas bekalan kuasa pulih) menggunakan tetapan yang sama sebelum
kuasa terputus.
PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN
AMARAN
1. Untuk keselamatan, pastikan penyaman udara dimatikan dan bekalan kuasa diputuskan
sebelum membersih.
2. Jangan tuang air pada unit dalaman untuk membersihkannya. Ini akan merosakkan
komponen dalaman dan menyebabkan bahaya kejutan elektrik.
AWAS
1. Jangan gunakan pelarut atau bahan kimia yang kasar semasa membersihkan unit
dalaman. Jangan lap bahagian plastik menggunakan air yang sangat panas.
2. Sesetengah hujung logam dan bilah adalah tajam dan mungkin menyebabkan
kecederaan jika tidak dikendalikan dengan betul; anda perlu berhati-hati semasa
membersihkan bahagian ini.
3. Gelung dalaman dan komponen lain pada unit luaran perlu dibersihkan secara berkala.
Hubungi pengedar atau pusat servis anda.
Bahagian pengambilan
dan pengeluaran udara
(Unit dalaman)
Bersihkan bahagian pengambilan dan pengeluaran udara unit dalaman dengan berus pembersih
hampa gas, atau sapu dengan kain lembut yang bersih.
Jika bahagian ini tercemar gunakan kain bersih yang dilembapkan dengan air. Semasa mencuci
bahagian saluran udara keluar, berhati-hati dan jangan tolak bilah daripada tempatnya.
Summary of Contents for S-22MK2E5A
Page 31: ...31 1 2 3 5 ON ON...
Page 32: ...32 ELCB ON OFF 1 5...
Page 33: ...33...
Page 35: ...35 OP EN CL OS E CL OS E OP EN Y2 4 60x60 K2...
Page 37: ...37 Y2 K2 FLAP FLAP FLAP FLAP FLAP...
Page 38: ...38 4 Y2 Y2 K2 FLAP FLAP A A A B...
Page 39: ...39 UNIT UNIT 1 1 1 2 1 3 1 8 1 1 1 2 1 3 2 4 1 4 2 1...
Page 40: ...40 DRY LO 15 C DRY STANDBY 1 2 1 2 3...
Page 41: ...41 pH7 40 C 1 2...
Page 42: ...42 3 30 3...
Page 43: ...43 ON OFF E F H L P...