![Omron HEM-7361T Instruction Manual Download Page 80](http://html1.mh-extra.com/html/omron/hem-7361t/hem-7361t_instruction-manual_741701080.webp)
79
4. Penyelenggaraan
4.1 Penyelenggaraan
Untuk melindungi monitor anda daripada rosak, ikuti arahan di bawah:
Perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan oleh pengilang akan
membatalkan waranti pengguna.
Perhatian
JANGAN merungkai atau cuba membaiki monitor ini atau komponen lain. Ini boleh
mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
4.2 Penyimpanan
• Pastikan monitor anda dalam bekas penyimpanannya apabila tidak digunakan.
1. Tanggalkan kaf lengan daripada monitor.
Perhatian
Untuk mencabut palam udara, tarik pada palam udara plastik di pangkal tiub,
bukan pada tiub itu sendiri.
2. Lipat tiub udara secara lembut ke dalam kaf lengan. Perhatian: Jangan
bengkokkan atau renyukkan tiub udara secara berlebihan.
3. Tempatkan monitor anda dan komponen lain ke dalam bekas penyimpanan.
• Simpan monitor anda dan komponen lain di tempat yang bersih dan selamat.
• Jangan simpan monitor anda dan komponen lain:
• JIka monitor dan komponen yang lain basah.
• Di lokasi yang terdedah kepada suhu ekstrem, kelembapan, sinar matahari
langsung, debu atau wap mengkakis seperti peluntur.
• Di tempat yang terdedah kepada getaran dan kejutan.
4.3 Pembersihan
• Jangan guna pencuci yang melelas atau mudah meruap.
• Guna kain yang kering dan lembut atau kain lembut yang dilembapkan dengan
detergen lembut (neutral) untuk membersihkan monitor dan kaf lengan anda,
dan kemudian lap dengan kain yang kering.
• Jangan basuh atau rendam monitor dan kaf lengan anda atau komponen lain di
dalam air.
• Jangan guna gasolin, pencair atau pelarut yang serupa untuk membersihkan
monitor dan kaf lengan atau komponen yang lain.
4.4 Penentukuran dan Perkhidmatan
• Ketepatan monitor tekanan darah ini telah diuji dengan teliti dan direka bentuk
untuk hayat perkhidmatan yang lama.
• Disarankan secara am supaya memastikan unit ini diperiksa setiap dua tahun bagi
memastikan fungsi dan ketepatan yang betul. Sila rujuk pada pengedar OMRON
anda yang sah atau Khidmat Pelanggan OMRON di alamat yang diberi pada
bungkusannya atau risalah yang dilampirkan.
5. Spesifikasi
Keterangan produk
Monitor Tekanan Darah Automatik
Model
HEM-7361T
Paparan
Paparan digital LCD
Julat tekanan kaf
0 hingga 299 mmHg
Julat ukuran tekanan darah
SISTOLIK: 60 hingga 260 mmHg
DIASTOLIK: 40 hingga 215 mmHg
Julat ukuran nadi
40 hingga 180 degupan / min.
Ketepatan
Tekanan: ±3 mmHg
Denyutan: ±5% bacaan paparan
Pengembungan
Automatik melalui pam elektrik
Pengempisan
Injap pembebasan tekanan automatik
Kaedah pengukuran
Kaedah osilometrik
Kaedah penghantaran
Tenaga Lemah
Bluetooth
®
Komunikasi tanpa wayar
Julat frekuensi: 2.4 GHz (2400 - 2483.5 MHz) /
Modulasi: GFSK
Kuasa tersinar < 20 dBm
Mod operasi
Operasi berterusan
Pengelasan IP
Monitor: IP 20
Penyesuai AC pilihan:
IP22 untuk HHP-OH01,
IP21 untuk penyesuai AC lain
Pengkadaran
DC6 V 4.0 W
Sumber kuasa
4 bateri "AA" 1.5 V atau penyesuai AC pilihan
(INPUT AC 100 - 240 V 50 - 60 Hz 0.12 - 0.065 A)
Hayat bateri
Kira-kira 1000 ukuran (menggunakan bateri
alkali baharu)
Bilangan kali mungkin berkurangan apabila
menggunakan mod Afib kerana satu isyarat Afib
merangkumi 3 ukuran biasa.
Tempoh ketahanan (Hayat
perkhidmatan)
Monitor: 5 tahun / Kaf: 5 tahun / Penyesuai AC
pilihan: 5 tahun
Summary of Contents for HEM-7361T
Page 29: ...28 MY 2 1 သတိပေးချက MY ...
Page 30: ...29 2 2 ...
Page 31: ...30 MY ...
Page 32: ...31 ...
Page 33: ...32 MY ...
Page 34: ...33 ...
Page 35: ...34 MY ...
Page 36: ...35 ...
Page 37: ...36 MY နံနက ပိုင းရွိတိုင း တာမႈမ ား 10 မိနစ အတြင း 10 မိနစ အတြင း ညေနပိုင းရွိတိုင း တာမႈမ ား ...
Page 105: ...16 1 2 2 sec Instruction Manual 3 1 Instruction Manual P 18 ...