74
MS
Pengendalian dan Penggunaan Bateri
• Pastikan bateri di luar capaian bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
2.2 Berhati-hati
Menandakan situasi yang mungkin berbahaya, yang
dapat menyebabkan pengguna atau pasien mengalami
cedera ringan atau sederhana, atau menyebabkan
kerosakan pada peralatan atau benda lainnya, apabila
tidak dihindari.
• Berhenti menggunakan monitor ini dan rujuk pada doktor anda jika anda mengalami
kerengsaan kulit atau rasa tidak selesa.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan monitor anda pada lengan
yang terdapat akses atau terapi intravaskular, atau syun arteriovena (A-V), kerana
gangguan sementara kepada aliran darah dan boleh mengakibatkan kecederaan.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan monitor ini jika anda pernah
menjalani mastektomi.
• Rujuk pada doktor anda sebelum menggunakan monitor ini jika anda menghidap
masalah aliran darah yang teruk atau gangguan darah kerana pengembangan kaf
boleh mengakibatkan lebam.
• JANGAN ambil ukuran lebih kerap daripada perlu kerana lebam akibat gangguan
aliran darah boleh berlaku.
• HANYA kembangkan kaf lengan sewaktu dipakai pada bahagian atas lengan sahaja.
• Tanggalkan kaf lengan tersebut jika ia tidak mula mengecut semasa membuat
pengukuran.
• Apabila pemantau malfungsi, ia mungkin menjadi panas. JANGAN sentuh pemantau
ini jika perkara ini berlaku.
• JANGAN guna pemantau ini untuk apa-apa tujuan selain mengukur tekanan darah
dan/atau mengesan kemungkinan terdapat Afib.
• Semasa mengukur, pastikan tiada peranti mudah alih atau apa jua peranti elektrik
lain yang mengeluarkan medan elektromagnet dalam lingkungan 30 cm dari
monitor ini. Ini boleh mengakibatkan peranti ini beroperasi secara tidak betul dan/
atau mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN merungkai atau cuba membaiki monitor ini atau komponen lain. Ini boleh
mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN GUNA monitor ini di lokasi di mana terdapat lembapan atau yang terdedah
pada percikan air. Ini boleh merosakkan monitor ini.
• JANGAN guna monitor ini dalam kenderaan yang bergerak seperti kereta atau kapal
terbang.
• JANGAN jatuhkan atau menyebabkan monitor ini mengalami kejutan atau getaran
yang kuat.
• JANGAN guna monitor ini di tempat yang mempunyai kelembapan yang tinggi
atau rendah atau suhu yang tinggi atau rendah. Rujuk pada bahagian 5.
• Sewaktu mengukur, perhatikan lengan bagi memastikan monitor ini tidak
mengakibatkan gangguan berpanjangan kepada peredaran darah.
• JANGAN guna monitor ini dalam persekitaran yang memerlukan penggunaan yang
tinggi seperti di klinik perubatan atau pejabat doktor.
• JANGAN guna pemantau ini dengan peralatan perubatan elektrik (ME) lain
secara serentak. Ini boleh mengakibatkan operasi yang tidak betul dan/atau
mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• Elak daripada mandi, minum alkohol atau kafein, merokok, bersenam dan makan
selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mengambil ukuran.
• Berehat selama sekurang-kurangnya 5 minit sebelum mengambil ukuran.
• Tanggalkan pakaian yang ketat atau tebal dan apa-apa aksesori daripada lengan
semasa mengambil ukuran.
• Jangan bergerak dan JANGAN bercakap semasa mengambil ukuran.
• HANYA guna kaf lengan pada individu yang ukur lilit tangannya dalam lingkungan
julat yang dinyatakan pada kaf tersebut sahaja.
• Pastikan monitor ini telah dibiasakan pada suhu bilik sebelum mengambil ukuran.
Mengambil ukuran selepas perubahan suhu ekstrem boleh mengakibatkan
bacaan yang tidak tepat. OMRON mengesyorkan supaya menunggu sekitar 2 jam
untuk memanaskan atau menyejukkan monitor, sewaktu monitor ini digunakan
dalam persekitaran yang berada pada lingkungan suhu yang ditetapkan sebagai
keadaan operasi, selepas ia disimpan sama ada pada suhu simpanan maksimum
atau minimum. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai suhu operasi dan
simpanan/pengangkutan, rujuk bahagian 5.
• JANGAN guna monitor ini selepas tempoh tahan lamanya telah berakhir. Rujuk
pada bahagian 5.
• JANGAN renyukkan kaf lengan atau tiub udara secara berlebihan.
• JANGAN lipat atau pintal tiub udara semasa mengambil ukuran. Ini boleh
mengakibatkan kecederaan dengan mengganggu aliran darah.
• Untuk mencabut palam udara, tarik pada palam udara plastik di pangkal tiub, bukan
pada tiub itu sendiri.
• HANYA guna penyesuai AC, kaf lengan, bateri dan aksesori yang ditetapkan untuk
monitor ini sahaja. Penggunaan penyesuai AC, kaf lengan, dan bateri yang tidak
disokong boleh merosakkan dan/atau mungkin berbahaya kepada monitor ini.
• HANYA guna kaf lengan yang diluluskan untuk monitor ini sahaja. Penggunaan kaf
lengan yang lain boleh mengakibatkan bacaan yang tidak betul.
• Mengembangkan kepada tekanan yang lebih tinggi daripada yang perlu boleh
mengakibatkan lebam pada lengan di tempat kaf tersebut dipakai. PERHATIAN:
rujuk "Jika tekanan sistolik anda lebih daripada 210 mmHg" dalam bahagian 13
manual arahan ini
untuk mendapatkan maklumat lanjut.
• Baca dan ikuti “Cara yang Betul untuk Melupuskan Produk ini” dalam bahagian 6
semasa melupuskan peranti dan apa-apa aksesori atau bahagian pilihan yang telah
digunakan.
Penghantaran Data
• JANGAN gantikan bateri atau cabut penyesuai AC semasa bacaan anda dipindahkan
ke peranti pintar anda. Ini boleh mengakibatkan operasi tidak tepat monitor ini dan
kegagalan untuk memindahkan data tekanan darah anda.
Pengendalian dan penggunaan penyesuai AC (aksesori pilihan)
• Masukkan penyesuai AC sepenuhnya ke dalam salur keluar.
• Semasa mencabut penyesuai AC ini daripada salur keluar, pastikan anda mencabut
dari penyesuai AC ini. JANGAN tarik dari kabel penyesuai AC.
• Semasa mengendalikan kabel penyesuai AC ini:
Jangan merosakkannya. / Jangan memecahkannya. / Jangan mengubahnya.
JANGAN mencubitnya. / Jangan memaksanya bengkok atau menariknya. / Jangan
memulasnya.
JANGAN guna jika ia terkumpul dalam satu berkas.
JANGAN letakkan di bawah objek yang berat.
Summary of Contents for HEM-7361T
Page 29: ...28 MY 2 1 သတိပေးချက MY ...
Page 30: ...29 2 2 ...
Page 31: ...30 MY ...
Page 32: ...31 ...
Page 33: ...32 MY ...
Page 34: ...33 ...
Page 35: ...34 MY ...
Page 36: ...35 ...
Page 37: ...36 MY နံနက ပိုင းရွိတိုင း တာမႈမ ား 10 မိနစ အတြင း 10 မိနစ အတြင း ညေနပိုင းရွိတိုင း တာမႈမ ား ...
Page 105: ...16 1 2 2 sec Instruction Manual 3 1 Instruction Manual P 18 ...