Ms-13
● ARAHAN PENGENDALIAN ●
Walaupun jika item-item ini sudah diperiksa, jika unit ini tidak pulih daripada masalahnya, berhenti
menggunakan penyaman udara ini dan sila berunding dengan wakil penjual anda.
Simptom
Penjelasan & Perkara semakan
Unit Dalaman
Unit ini tidak boleh dikendalikan.
• Adakah pemutus dihidupkan?
• Adakah palam bekalan kuasa disambungkan?
• Adakah pemasa ditetapkan kepada ON?
Halaman 10
Ram melintang tidak bergerak.
• Adakah ram melintang dan ram menegak dipasang dengan betul?
• Adakah pengadang kipas berubah bentuknya?
Unit ini tidak boleh dikendalikan selama
lebih kurang 3 minit apabila dimulakan
semula.
• Ini melindungi unit mengikut arahan daripada mikropemproses. Sila
tunggu.
Kabut dikeluarkan dari salur keluar udara
unit dalaman.
• Udara sejuk daripada unit ini menyejukkan lembapan dalam udara di
dalam bilik dengan pantas, dan ia bertukar menjadi kabut.
Operasi ayun RAM MELINTANG
digantung sementara, kemudian
dimulakan semula.
• Ia bertujuan agar operasi ayun RAM MELINTANG dijalankan secara
normal.
Arah aliran udara berubah semasa
operasi.
Arah ram melintang tidak boleh dilaraskan
menggunakan alat kawalan jauh.
• Apabila unit dikendalikan dalam mod COOL atau DRY, jika operasi
diteruskan berterusan dengan udara menghembus ke bawah selama
0.5 hingga 1 jam, arah aliran udara secara automatik ditetapkan kepada
kedudukan menaik bagi menghalang air daripada meluwap dan menitik.
Unit memulakan operasi sendiri apabila
kuasa utama dihidupkan, walaupun ia
tidak dikendalikan menggunakan alat
kawalan jauh.
• Model ini dilengkapi dengan fungsi mula semula auto. Apabila kuasa
utama dimatikan tanpa menghentikan unit ini dengan alat kawalan jauh
dan dihidupkan semula, unit ini memulakan operasi secara automatik
dalam mod yang sama dengan mod yang ditetapkan menggunakan
alat kawalan jauh sejurus sebelum kuasa utama dimatikan.
Sila rujuk “Fungsi mula semula auto”.
Halaman 10
Unit dalaman berubah warna lama-
kelamaan.
• Walaupun plastik menjadi kuning disebabkan oleh pengaruh beberapa
faktor seperti cahaya ultraviolet dan suhu, ini tidak mempunyai kesan
terhadap fungsi produk.
Unit Luaran
Kipas unit luaran tidak berputar walaupun
pemampat berjalan. Walaupun jika kipas
mula berputar, ia berhenti tidak lama
kemudian.
• Apabila suhu di luar rendah semasa perasi penyejukan, kipas
beroperasi sekejap-sekejap bagi mengekalkan kapasiti penyejukan
yang mencukupi.
Air bocor keluar dari unit luaran.
• Semasa operasi COOL dan DRY, paip atau bahagian penyambungan
paip disejukkan dan ini menyebabkan berlakunya pemeluwapan.
Alat kawalan jauh
Paparan pada alat kawalan jauh tidak
muncul atau malap. Unit dalaman tidak
bertindak balas terhadap isyarat alat
kawalan jauh.
• Adakah bateri sudah lemah?
Halaman 6
• Adakah kekutuban (+, -) bateri betul?
Halaman 6
• Adakah sebarang butang pada alat kawalan jauh bagi perkakas elektrik
lain sedang ditekan?
A
PABILA ANDA FIKIR MASALAH BERLAKU
A5_VG79Y117H01_02Ms.indd 13
01-Jun-20 13:22:00