Ms-17
● ARAHAN PENGENDALIAN ●
1
Kendalikan dengan mod COOL pada
tetapan suhu tertinggi atau mod FAN
selama 3 hingga 4 jam.
Halaman 7
• Ini akan mengeringkan bahagian dalam unit ini.
• Lembapan di dalam penyaman udara ini
menyumbang kepada pertumbuhan fungus,
seperti kulapuk.
2
Tekan
untuk menghentikan operasi.
3
Matikan pemutus dan/atau cabut
palam bekalan kuasa.
4
Keluarkan semua bateri dari alat
kawalan jauh.
Apabila menggunakan semula
penyaman udara:
1
Bersihkan penapis.
Halaman 11
2
Periksa bahawa salur masuk dan
keluar udara unit dalaman dan luaran
tidak terhalang.
3
Pastikan bahawa wayar bumi
disambungkan dengan betul.
4
Sila rujuk “PERSEDIAAN SEBELUM
PENGENDALIAN”, dan ikut
arahannya.
Halaman 6
Tempat pemasangan
Elakkan daripada memasang penyaman udara di
tempat-tempat berikut.
• Di mana terdapat banyak minyak mesin.
• Tempat yang hampir dengan sumber air garam seperti
tepi laut.
• Di mana gas sulfi da terhasil seperti mata air panas,
pembetungan atau air sisa.
• Di mana minyak dipercikkan atau di kawasan yang
dipenuhi asap berminyak (seperti kawasan memasak
dan kilang, di mana sifat-sifat plastik boleh berubah
atau menjadi rosak).
• Di mana terdapat peralatan berfrekuensi tinggi atau
tanpa wayar.
• Di mana udara dari salur keluar udara unit luaran
terhalang.
• Di mana bunyi operasi atau udara daripada unit luaran
mengganggu rumah sebelah.
• Ketinggian cagak yang disarankan untuk unit dalaman
ialah 1.8 m hingga 2.3 m. Jika ia mustahil, sila
berunding dengan wakil penjual anda.
• Unit dalaman mesti dipasang di bilik yang melebihi
ruang lantai seperti dinyatakan. Sila berunding dengan
wakil penjual anda.
• Jangan kendalikan penyaman udara semasa kerja
pembinaan dan kemasan dalaman, atau ketika
menggilap lantai. Sebelum mengendalikan penyaman
udara, alih udara bilik itu dengan baik selepas kerja
tersebut dijalankan. Jika tidak, ia boleh menyebabkan
unsur mudah meruap melekat di bahagian dalam
penyaman udara, lalu mengakibatkan kebocoran air
atau percikan embun.
Kerja elektrik
• Sediakan litar eksklusif bagi bekalan kuasa penyaman
udara.
• Pastikan anda memerhatikan kapasiti pemutus.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila
berunding dengan wakil penjual anda.
A
PABILA PENYAMAN UDARA TIDAK AKAN
DIGUNAKAN UNTUK TEMPOH YANG LAMA
T
EMPAT PEMASANGAN
DAN KERJA ELEKTRIK
Untuk mencegah kesan
lampu pendarfl uor,
jauhkan unit dari lampu
ini sejauh yang mungkin.
dinding, dll.
Pastikan ada
jarak di antaranya
bagi mencegah
herotan gambar
atau hingar.
1 m atau
lebih
Radio
100 mm
atau lebih
TV
Telefon
tanpa wayar
atau telefon
boleh alih
3 m atau lebih
1 m atau
lebih
Lokasi pemasangan unit luaran hendaklah sekurang-
kurangnya 3 m dari antena set TV, radio, dll. Di
kawasan di mana penerimaan lemah, tingkatkan
jarak antara unit luaran dan antena bagi peranti yang
terjejas jika operasi penyaman udara mengganggu
penerimaan radio atau TV.
Untuk kecekapan opti-
mum dan melanjutkan
jangka hayat penggu-
naan, unit luaran harus
dipasang di tempat yang
kering dan diudarakan
dengan baik.
200 mm
atau lebih
Lampu pendarfl uor
jenis penyongsang
A5_VG79Y117H01_02Ms.indd 17
01-Jun-20 13:22:00